Showing posts with label adventure. Show all posts
Showing posts with label adventure. Show all posts

Sunday, January 29, 2012

26. yang terakhir mungkin.


 
lokasi: bilik yang masih tidak kemas
mood: mahu bercerita
dengar: berita kepada kawan by akhil hayy
minum: xminum apa2

seperti yang diceritakan sebelum ni, aku melangkah ke negeri kelantan untuk menawan puncak-puncak di sana. trip selama hampir 5 hari kali ini mungkin trip secara rasmi yang terakhir untuk selama 4 tahun di UKM dan Aquila. tapi sapa tahu kan. penjelajahan tidak akan pernah tamat. berbalik kepada trip ke gunung stong, ayam dan gunung baha. pada mulanya, agak nervous dan tertekan. mungkin kerana da lama tak mengikut trip yang lama dan jauh. dan tekanan daripada tugasan-tugasan sebagai seorang pelajar jugak. 

dan untuk ahli aquila yang baru, mereka nampak teruja. haha.. ya, aku juga teruja. perjalanan dari kuala lumpur mengambil masa hampir 7 jam. sesampai di negeri kelantan, masing-masing mencuba untuk berbahasa dialek kelantan. ada yang mengekek ketawa. ada yang tidak faham apa yang dibicarakan. sarapan pagi kami terhidang di stesen keretapi dabong kelantan. ada yang makan nasi lemak dan ada yang mencuba nasi kerabu. selesai bersarapan, kami panaskan badan dengan menjelajah 3 buah gua dahulu. gua batu susun, gua keris dan gua pagar. pengalaman baru juga ini. terima kasih kepada pemandu arah kami Abe Ja dan Abe Li serta kawan-kawan dari BCA. 

setelah teruja menikmati keindahan gua, kami bertolak ke kaki gunung stong. kali ni, Ana teresak-esak menangis. rupanya kaki ana sakit. terutama selepas bergelumang dengan air di gua. ana nampak macam tidak boleh tahan lagi. kami bagi semangat kat ana. kami tak mahu meninggalkan sesiapa di bawah. ini janji kami. ana kuatkan diri. kami bantu seadanya. sampai ke puncak air terjun, di kem baha pada pukul 6 petang. sangat indah air terjun di stong ini. tidak dapat digambar dengan kata-kata. kami merenung ciptaan tuhan untuk seketika. memujiNya. sampai di kem baha kami bukak tapak untuk bermalam. makan dan masih terfikir apakan yang akan ditempuhi esok. ada 2 puncak untuk di tawan. ana tidak dapat ikut. kaki ana kelihatan semakin teruk. tidak apa lah, biarlah memungkiri janji asalkan tidak memudarat diri. tidak apa ana, ingat, penjelajahan tidak akan pernah tamat.

                                 
bangun pagi awal. seawal pukol 6.30. selesai solat, kami melihat terbit matahari. dengan awan terbentang bagai permaidani menutupi segenap daratan bumi. terkedu. ramai yang bertenggek melihat keindahan alam tuhan. sedang ada manusia yang berbalah sesama sendiri dan mengaut keuntungan dunia, kami bersama-sama duduk dan menatap rias indah tuhan. kemudian kami bingkas bangun menghadap cabaran seterusnya. tiada apa yang mahu diceritakan semasa perjalanan ke atas. hanya keindahan flora dan fauna. 
yang kami pula, ada yang terjatuh, ada yang terjelepuk, ada yang terkentut, ada yang sudah tidak mampu menggalas beg, ada yang tidak mahu berhenti mengomel, ada yang tersenyum. semuanya ada. pelbagai perisa muka terserlah. tidak mampu tersembunyi disebalik kepenatan. 

terima kasih kepada semua yang terlibat. sebuah trip yang menarik untuk diingati. buat rakan-rakan yang tidak ikut, ini berita untuk kamu, sebuah ceritera yang aku karangkan tanda kasih. 

Saturday, January 21, 2012

25. ke kelantan untuk sekian kalinya.

lokasi: kolej
mood: pening-pening sikit
dengar: tiada
minum: tiada

bersarang suda blog ni. ntah maseh ada pembaca atau tidak tak tahu lah. tak apa la, yang pasti blog ni masih lagi bernyawa. pengembaraan chaie akan diteruskan lagi selepas ini. Nak kemana? akan menempuh sebuah lagi pengembaraan hebat kali ni ke negeri cik siti wan kembang, kelantan.. bersama rakan-rakan menawan puncak stong, baha dan ayam. walau terpaksa berpisah dengan kota metropolitan dan yang tersayang, dan maseh mencari sebuah erti kehidupan. mari, kita melangkah untuk mencari impian.

detail:
berkumpulan seramai 30 orang.
dari 21-25 januari 2012
pelajar dari UKM, UNITEN, UM

Friday, July 8, 2011

20. pengembaraan di tahap baru.


 
mood: maseh berkobar2 nak update blog
lokasi: maseh disekitar selangor-kuala lumpur
minum: tak mahu. rasa nak buang air lagi ada.
dengar: deruan aircond.

salam bahagia kepada korang sume. okeyh.. kali ni mahu update pasal pengembaraan menjelajah gunung korbu dan gayong yang terletak di ulu kinta perak. gunung ni kiranya macam satu tahap yang lain lah sebab gunung ni diklasifikasikan sebagai gunung tujuh (G7) yang membawa maksud gunung yang melebihi 7ooo kaki dari paras laut yang terletak di semenanjung. kedua tertinggi bagi korbu dan keempat tertinggi bagi gayong. kelasifikasi ini pada mulanya hanyalah dipandang remeh sehinggalah kami merasai sendiri penangannya. pehhh.. menusuk kalbu. haha.. jom usya2 gamba bawah neh..

 tu bukan coklat choki-choki yang terkeluar, tapi pacat. merupakan salah satu halangan yang dihadapi tidak kira sape anda. haha. pacat yang begitu banyak sampai boleh berada disetiap pelusuk tubuh anda. you pacat, g jaoh2.. pacat gatal!!! (memetik kata2 teman seperjuangan)
pemandangan dari puncak botak dan yang cam tunggul tu adalah chuban. dye punye adventure stat dari sini ah..pemandangan yang kurang dirasai kerana ditutupi awan tebal. tapi bila awan da blah... pehh.. mental.. baek dibiarkan je kabus tuh.. hahaha
 ni juga salah satu pemandangan di puncak botak... trek macam haram bermula di sini sehinggakan ramai yang yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap trek tersebut. hahaha
 penat2 jugak.. tapi hilang punye kalau kita lepak dan tengok keindahan flora dan fauna.. hirup udara segar dan teruskan pendakian yang mencanak dan mencarut2 lagi ke arah trek..
 cantek tak??? cantek kan?? laluan pejalan kaki yang mendatar.. sekejap je neh...
 yeah.. depan kamera mesti kena tunjuk bagus dan senyum... hahaha
 oke, ni papan tanda di puncak gayong.. alhamdulillah sampai jua...
 adeyh... kaki sapa la neh...
 ni pulak di puncak korbu. sebenarnye jumpa korbu dlu, tapi jumpa korbu pon da malam, so pas g gayong, patah balik ke korbu baru amek gamba..
 malaysia bole... yeyeyeye....
okeyh.. ni lak bila da berjaya sampai ke bawah. lutut toksah cakap ah, macam da nak tercabut.. bersyukur gilak bila jumpa bawah neh.. tamatlah penerokaan kami selama 4hari 3 malam. suatu pengalaman yang menyeronokkan tetapi penuh kepedihan yang diselangi dengan hilai tawa. senyuman tu cam xde je.. wakakaka... ape pula pengembaraan seterusnya nanti? nantikan....