Showing posts with label story. Show all posts
Showing posts with label story. Show all posts

Saturday, February 18, 2012

32. 23


mood: mengantuk
lokasi: atas kerusi oren
minum: air kosong
dengar:tiada

suda dua puluh tiga. alhamdulillah masih diberi nikmat hidup selama 23 tahun ini. banyak yang telah ditempuhi. banyak yang masih belum dicapai. terima kasih kepada mak abah, akak abang adik, sahabat, buah hati, guru, rakan, musuh dan sesiapa yang secara langsung dan tidak langsung menjadikan diri aku setiap hari lebih dari apa yang aku jadi di hari sebelumnya. aku doakan kamu semua bahagia. doakan aku juga bahagia. dunia dan di hari muka.

Friday, February 10, 2012

30. Bengawan Solo



setelah selesai urusan claim insurans, aku nekad mahu pulang ke ipoh. kali ni melalui pengangkutan awam. so, aku suh mawi hantar ke stesen lrt titiwangsa. lama sudah meninggalkan lrt, aku xtau pon lrt da pakai token. haih. aku pelik kenapa aku tak pakai monorel... kaki ni melangkah laju ke lrt terus ke kaunter. tanpa berfikir panjang, terus meminta token ke kl sentral. sampai ke laluan menuju ke lrt. aku pening sebab takde tulis kl sentral. alahai.. noob sangat rasanya. aku sempat bertanya kepada seseorang yg lain. alhamdulillah, ada gunanya. malu bertanya sesat jalan.

sampai di kl sentral, aku terus menuju ke kaunter KTM antrabandar. sambil berjalan, mata meliar ke kiri dan ke kanan. aku tertarik dengan kelibat seorang tua bermain biola. err.. bole ke main muzik disini? dia juga melihat aku, dan tersenyum. mungkin mengharapkan aku menghulur seberapa. aku xboleh lambat, tiket ke ipoh harus aku dahulukan. sekarang pukol 1300. tren ke ipoh pukol 1400. aku masih terbayang pak cik tadi. aku segera melangkah ke arahnya. aku nekad mahu menyapanya.

mendekatinya, lalu aku meletakkan not RM1 ke dalam sarung biola yang terhidang dihadapan. terima kasih katanya. aku menyapa bahunya, uncle, boleh saya ambil gambar uncle. tua yang berwajah cina itu tersenyum lebar menjawab, boleh, boleh.. aku senyum juga. sebelum itu, dia menanyakan lagu apa yg aku mahu dia mainkan. sambil menyelongkar kamera dalam beg aku menjawab, lagu melayu la uncle. uncle mula bermain lagu bengawan solo. akupun tidak tahu lagu tu. seketika itu, aku mengambil gambarnya. manusia yang lalu lalang hanya tersenyum.

sesudah aku mengambil gambarnya. kami berborak seketika, dia bertanya namaku. aku bertanya namanya. panggil sahaja uncle yap ah loi. aku ketawa kecik. sambil kami bergelak ketawa adalah sikit cerita yang kami kongsikan bersama. uncle yap berasal dari alor gajah, melaka. berketurunan baba. mula bermain biola semasa muda. seronok melihat teman bermain, beliau mula belaja sedikit. tetapi, semakin gila bermain sehingga lupa siang atau malam, biola itu wajib berada ditangan. sehingga lebih hebat dari rakannya. uncle yap menghulurkan biolanya kepadaku untuk dicuba, tapi aku menolak. maklum lah, itu sebahagian dari mata pencarian si tua itu. andai rosak, mampus aku.

sebelum beredar aku bersalaman dengannya. dia bertanya semula namaku. aku menjawab, safri.. dengan nada sindiran, dia berkata, safri eloklah, jangan saiful.. you tahukan.. haha.. aku menggangguk dan berbalas ketawa. politik. aku meninggalkan uncle yap dengan biolanya. masih kedengaran gersik alunan biolanya walau aku berada di tingkat atas. tidaklah sesedap mana, tapi masih menambah seri suasana sibuk di kl sentral.

p/s: oh ye, lagu bengawan solo sebenarnye lagu lama dari indonesia. lebih lanjut tengok kat cni bengawan solo. so now, u know what the bengawan solo is. haha

29. homeless, are they hopeless?


tut tut.. mesej masuk dalam inbox henpon cabuk aku. bunyi pun sume orang kenal. datang dari lokman. dia menanyakan jadi ke tak aku mahu turut serta malam ini. memberi makanan kepada mereka yang hidup bergelandangan. aku jawab oke. tapi dalam hati seakan banyak pula alasannya. maklum lah, xpernah buat. tapi, malam nya aku nekad. aku pergi.

sesampai di perkarangan masjid jamek KL, lokman memberitahu dia lambat sampai. aku keseorangan. bagaimana nak mendekati sekumpulan manusia yang sedang sibuk menyediakan makanan. ahh.. aku menyapa seorang. bagitahu hasrat dan aku senyum. mereka menyambut baik tetapi sedikit sibuk, aku faham. aku terus meletakkan topi keledar dan membantu. terasa kekok gila. tapi biasa la, first timer. tapi ada jugak sahabat yang membantu menerangkan keadaan sekitar. aku teruskan bertanya.

disuatu sudut, terlihat seorang wanita tua warga asing. eropah. duduk dibangku kecil bersebelahan beg besar mengandungi ubat-ubatan. beliau seorang nurse. sukarela, mesra memeriksa rakyat gelandangan yang mempunyai masalah kesihatan. beliau merupakan warga finland. menetap di malaysia lama mungkin kerana suda tahu berbahasa malaysia. ubat yang diberikan adalah percuma. murni sungguh hasrat seorang wanita tua ini. di suatu sudut lagi, beberapa orang menyediakan makanan. nasi goreng ikan masin beserta timun dan air milo. sesuatu yang pasti adalah mereka memasak dengan penuh kasih sayang umpama menyediakan makanan untuk di makan anak sendiri.

sambil menunggu makanan disediakan, ramai juga insan gelandangan yang kian membanjiri lokasi tersebut. yang muslim, mereka di ajak untuk sama-sama berzikir memuji Illahi, yang maha mencipta dan maha mengetahui isi hati hambanya. selesai berzikir, semuanya di hidangkan dengan sebuah cerita p.ramlee. madu 3. sungguh magis filem lama ini. mampu menimbukan hilai tawa manusia tidak kira kaum. melayu, india, cina malah warga asing sekali pun.

sebagai orang yang baru mengikuti program ni, aku diminta untuk merasai sendiri pengalaman memberikan bungkusan makanan buat bekalan kepada rakyat gelandangan ini. masih tidak terasa, apa yang hendak dirasa. mungkin usaha aku tidaklah seberapa. setelah itu, pihak pemganjur mengedarkan pakaian-pakaian lama. berebut memilih. ada yang tidak mahu memilih. tidak tahu mengapa. selesai segalanya, aku pulang ke kolej. dengan sedikit kepuasan- merasai dan mencuba pengalaman baru.

suatu ketika nanti aku akan kembali, kali ini mungkin ingin merasai perasaan sebagai seorang yang hidup merempat tanpa tempat tinggal-gelendangan. salam~

Sunday, January 29, 2012

26. yang terakhir mungkin.


 
lokasi: bilik yang masih tidak kemas
mood: mahu bercerita
dengar: berita kepada kawan by akhil hayy
minum: xminum apa2

seperti yang diceritakan sebelum ni, aku melangkah ke negeri kelantan untuk menawan puncak-puncak di sana. trip selama hampir 5 hari kali ini mungkin trip secara rasmi yang terakhir untuk selama 4 tahun di UKM dan Aquila. tapi sapa tahu kan. penjelajahan tidak akan pernah tamat. berbalik kepada trip ke gunung stong, ayam dan gunung baha. pada mulanya, agak nervous dan tertekan. mungkin kerana da lama tak mengikut trip yang lama dan jauh. dan tekanan daripada tugasan-tugasan sebagai seorang pelajar jugak. 

dan untuk ahli aquila yang baru, mereka nampak teruja. haha.. ya, aku juga teruja. perjalanan dari kuala lumpur mengambil masa hampir 7 jam. sesampai di negeri kelantan, masing-masing mencuba untuk berbahasa dialek kelantan. ada yang mengekek ketawa. ada yang tidak faham apa yang dibicarakan. sarapan pagi kami terhidang di stesen keretapi dabong kelantan. ada yang makan nasi lemak dan ada yang mencuba nasi kerabu. selesai bersarapan, kami panaskan badan dengan menjelajah 3 buah gua dahulu. gua batu susun, gua keris dan gua pagar. pengalaman baru juga ini. terima kasih kepada pemandu arah kami Abe Ja dan Abe Li serta kawan-kawan dari BCA. 

setelah teruja menikmati keindahan gua, kami bertolak ke kaki gunung stong. kali ni, Ana teresak-esak menangis. rupanya kaki ana sakit. terutama selepas bergelumang dengan air di gua. ana nampak macam tidak boleh tahan lagi. kami bagi semangat kat ana. kami tak mahu meninggalkan sesiapa di bawah. ini janji kami. ana kuatkan diri. kami bantu seadanya. sampai ke puncak air terjun, di kem baha pada pukul 6 petang. sangat indah air terjun di stong ini. tidak dapat digambar dengan kata-kata. kami merenung ciptaan tuhan untuk seketika. memujiNya. sampai di kem baha kami bukak tapak untuk bermalam. makan dan masih terfikir apakan yang akan ditempuhi esok. ada 2 puncak untuk di tawan. ana tidak dapat ikut. kaki ana kelihatan semakin teruk. tidak apa lah, biarlah memungkiri janji asalkan tidak memudarat diri. tidak apa ana, ingat, penjelajahan tidak akan pernah tamat.

                                 
bangun pagi awal. seawal pukol 6.30. selesai solat, kami melihat terbit matahari. dengan awan terbentang bagai permaidani menutupi segenap daratan bumi. terkedu. ramai yang bertenggek melihat keindahan alam tuhan. sedang ada manusia yang berbalah sesama sendiri dan mengaut keuntungan dunia, kami bersama-sama duduk dan menatap rias indah tuhan. kemudian kami bingkas bangun menghadap cabaran seterusnya. tiada apa yang mahu diceritakan semasa perjalanan ke atas. hanya keindahan flora dan fauna. 
yang kami pula, ada yang terjatuh, ada yang terjelepuk, ada yang terkentut, ada yang sudah tidak mampu menggalas beg, ada yang tidak mahu berhenti mengomel, ada yang tersenyum. semuanya ada. pelbagai perisa muka terserlah. tidak mampu tersembunyi disebalik kepenatan. 

terima kasih kepada semua yang terlibat. sebuah trip yang menarik untuk diingati. buat rakan-rakan yang tidak ikut, ini berita untuk kamu, sebuah ceritera yang aku karangkan tanda kasih. 

Monday, September 5, 2011

24. nostalgik

selamat hari raya aidilfitri. raya kali ni penuh nostalgia. cheers!!

Thursday, August 11, 2011

23. usia

 dari setahun ke setahun. hujan atau panas. motor ni tersadai camtu je. yelah, takde sape yang nak amek port pasal motor lama camni. sedangkan motor baru pon tak terjaga. haih.. tapi, even lama, motor ni banyak bagi kenangan dan memori kat keluarga saya. macam-macam. andai kata lah motor ni ada memori cam manusia, dan bole bercakap bagai lah, mesti kita bole imbas sama2 mengenainya. 

motor yang banyak bagi jasa kat keluarga masa zaman2 susah dulu. maybe tu sebab abah tak mahu jual agaknya. ada jugak orang mintak nak beli, tapi abah tak mahu jual. sayang katanya. pape pon, bila tengok motor ni, seakan kami mengimbau kenangan bersamanya. 

even, nmpak macam tersadai terbiar, tapi jaoh dalam sudut hati, motor ni menyimpan 1001 memori.

Friday, August 5, 2011

22. kelapa parut. (edisi ramadan)

kelapa, kelapa parut, santan dan kerisek memang tak dapek nak dipisahkan oleh kaum2 hawa pada musim-musim puasa. terutamanya kaum hawa dimalaysia lah.. termasuklah mak saya sendiri. dengan pelbagai juadah yang ingin disediakan dan kebanyakannya memerlukan kelapa parut sebagai angry-dien (pengaruh angrybird la neh) mereka. kuih muih dan laok pauk seperti gulai, kari, gulai lemak, dalca, kerabu dan pelbagai lagi. dan jangan tidak tahu, harga kelapa jugak semakin meningkat disesetengah tempat sampai keluar berita. salam ramadhan kepada semua. cheerss..

Friday, July 8, 2011

20. pengembaraan di tahap baru.


 
mood: maseh berkobar2 nak update blog
lokasi: maseh disekitar selangor-kuala lumpur
minum: tak mahu. rasa nak buang air lagi ada.
dengar: deruan aircond.

salam bahagia kepada korang sume. okeyh.. kali ni mahu update pasal pengembaraan menjelajah gunung korbu dan gayong yang terletak di ulu kinta perak. gunung ni kiranya macam satu tahap yang lain lah sebab gunung ni diklasifikasikan sebagai gunung tujuh (G7) yang membawa maksud gunung yang melebihi 7ooo kaki dari paras laut yang terletak di semenanjung. kedua tertinggi bagi korbu dan keempat tertinggi bagi gayong. kelasifikasi ini pada mulanya hanyalah dipandang remeh sehinggalah kami merasai sendiri penangannya. pehhh.. menusuk kalbu. haha.. jom usya2 gamba bawah neh..

 tu bukan coklat choki-choki yang terkeluar, tapi pacat. merupakan salah satu halangan yang dihadapi tidak kira sape anda. haha. pacat yang begitu banyak sampai boleh berada disetiap pelusuk tubuh anda. you pacat, g jaoh2.. pacat gatal!!! (memetik kata2 teman seperjuangan)
pemandangan dari puncak botak dan yang cam tunggul tu adalah chuban. dye punye adventure stat dari sini ah..pemandangan yang kurang dirasai kerana ditutupi awan tebal. tapi bila awan da blah... pehh.. mental.. baek dibiarkan je kabus tuh.. hahaha
 ni juga salah satu pemandangan di puncak botak... trek macam haram bermula di sini sehinggakan ramai yang yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap trek tersebut. hahaha
 penat2 jugak.. tapi hilang punye kalau kita lepak dan tengok keindahan flora dan fauna.. hirup udara segar dan teruskan pendakian yang mencanak dan mencarut2 lagi ke arah trek..
 cantek tak??? cantek kan?? laluan pejalan kaki yang mendatar.. sekejap je neh...
 yeah.. depan kamera mesti kena tunjuk bagus dan senyum... hahaha
 oke, ni papan tanda di puncak gayong.. alhamdulillah sampai jua...
 adeyh... kaki sapa la neh...
 ni pulak di puncak korbu. sebenarnye jumpa korbu dlu, tapi jumpa korbu pon da malam, so pas g gayong, patah balik ke korbu baru amek gamba..
 malaysia bole... yeyeyeye....
okeyh.. ni lak bila da berjaya sampai ke bawah. lutut toksah cakap ah, macam da nak tercabut.. bersyukur gilak bila jumpa bawah neh.. tamatlah penerokaan kami selama 4hari 3 malam. suatu pengalaman yang menyeronokkan tetapi penuh kepedihan yang diselangi dengan hilai tawa. senyuman tu cam xde je.. wakakaka... ape pula pengembaraan seterusnya nanti? nantikan....

19. sweet outdoor =)


 mood: rilek2 bebeh, praktikel da abes.
lokasi: sekitar petaling jaya dan kuala lumpur
minum: tiada
dengar: akon dont matter

assalamualaikum. lama suda tak update blog neh. da la tak blog tak seberapa, jarang pulak update. haha.. emm.. tengah bercuti skang neh. lame pula cuti ni. so, sebagai pengisiannya, kita beroutdoor sket2 ah.. hehe. ada la juga manfaat dari goyang kaki kat umah. dan bole lepaskan segala kekusutan di otak ini. okeh, gambar kali ni pulak bertemakan outdoor girl. bukan senang nak jumpa gadis yang suka melibatkan diri dalam aktiviti lasak ni. dorang salah seorang daripadanya. ada lagi sebenarnye cuma gamba ni je yang berkesempatan untuk diedit. hehe.. enjoy korang eh..




thanks kepada korang.. penyeri trip2 kami.. ahahaha..

Wednesday, May 25, 2011

17. arnab.

mood: cool..
lokasi: kota damansara
mendengar: xde pape. senyap aje..
minum: yeo's lychee

haloo.. emm..kali ni nak cite sal arnab.. eheh.. arnab comel kan?? emm.. yang dalam gamba ni namanye jerry.. ada 2 ekor, tom dan jerry.. arnab ni sebenanye peneman membe2 yang tengah wat short sem kat kolej.. tapi, memandangkan short sem dorang nak abes da.. saya ingat nak amek la, buat jadi binatang peliharaan.. comel kan... emm.. ada banyak lagi sebenanye gambar menatang comel neh.. tapi, pilih pic ni je la.. sebab malas nak upload banyak2... tade masa woh... oke2, take care sume... cheers!!

Friday, May 20, 2011

16. tabur.

mood: takde mood yang spesel..
lokasi: pusat tusyen graduan muda, kota damansara
mendengar: proses pembelajaran dan pengajaran
minum: xda minum pape..

haa.. kali ni nak cite pasal trip ke bukit tabuh.. satu trip yang mengejut woh... tibe2 je diajak.. dan aku lak tibe2 je ase nak g.. ngeh3... trip ni bukan sahaja mengejut dari segi perancangannye malahan juga dari segi persiapannya.. mane taknye, kitorang naik pakai suar jeans je.. sebab ingat bukit ni tak lah tinggi mane kan.. last2 memang agak bebal le jugak.. dengan mengadap puncak yang tak abes-abes dan bole buat mental kat situ.. kitorang naek bergerak naik seawal jam 4.30pg. sebab memang da rancang nak tengok sunrise... then perjalanan naek dengan diterangi lampu suluh sahaja.. sampai di suatu tapak yang lapang... sembahyang subooh.. sampai di puncak yang boleh tengok view macam kat atas gamba tu pada pukol 6.55am lebih kurang.. sampai kat atas, lepak2, tido, makan2 dan bergelak ketawa.. akhirnya, bergerak pulang pada pukol 9.30am.. perjalanan yang agak mental bermula dari sini.. pelbagai halangan dan onak.. tetapi sumenye lega apabila melihat keindahan alam sekeliling... sesungguhnya sungguh indah ciptaan tuhan,,,

Tuesday, May 17, 2011

15. manis rumah.

mood: relaks sket.. cuti wesak kan..
lokasi: kota damansara, malaysia
mendengar: hey soul sister dari train
minum: milo

baru-baru ni setiap ari agak sibuk dengan praktikal dan penjelajahan yang tak suda2.. tak ada masa untuk bermanjakan diri kat umah.. huhu.. tak mengapa lah.. cuti pon panjang lagi.. bole cuti kat umah puas2 pas abes praktikal neh.. banyak nak dicitekan sebenanye ni.. tapi maybe akan diceritakan untuk gambar2 akan datang.. ngeh3.. so, untuk dengar pengembaraan chaie safri di tempat praktikal beliau, dan penjelajahan tidak bersedia beliau ke bukit tabuh dan pengalaman menarik mendaki gunung nuang.. pastikan anda melanggan aplikasi iphone khas beliau... huahua... mintak maaf skang susa giler nak hapdet.. tapi, akan berusaha untuk mengapdet jua ya... take care u'olls. semoga sumenye berada dalam keadaan yang baek2 belaka. cheers!