dah lama tak menangis semahunya.
sampai teresak - esak
sampai tersedu - sedu
macam takutnya dekat sesuatu
masa itu menangis semahunya
sekejap tutup mata sekejap gesel kelopak mata
duduk kat bucu pintu
nangis paksa keluar air mata
kadang terasa masin hingus meleleh ke mulut
tak letih menangis semahunya
terus menangis dan menangis
kerana tahu tangan ini lemah
tak tahu melawan atau bangkit mempersoal
lemah sampai tak mampu lap pun
hidung yang masih basah
terus lagi menangis
sampai datang satu jasad magis
dengan pelukannya mendiamkan
berjuta tangis di jiwa kecik kita
bila dah kononnya besar
kita lupa bagaimana rasanya
rasa menangis semahunya.
No comments:
Post a Comment