Friday, May 27, 2022

61. mencari bahagian bahagia

semua mencari bahagia

soalnya bahagia ada di mana

soalnya bahagia itu sampai bila

bahagia boleh ada pada setiap benda

adakala, pada benda yang baru kita punya

atau kita yang rasa bahagia ada pada benda yang belum kita punya

walhal bahagia sudah ada

tutup lah mata, kosongkan fikiranmu

buka semula

lihat apa yang ada di sekeliling

siapa dan apa

bahagia itu seharusnya sudah bermula

dengan apa yang kita ada

dengan apa yang kita ada

sebenarnya kita sudah bahagia

dengan apa yang kita ada

Tuesday, November 23, 2021

60. Resolusi 33 tahun

Setelah beberapa ketika, aku perasan sesuatu. Sesuatu yang nampaknya tak betul. Ye memang dalam banyak perkara aku memang dilihat agak ambil mudah. Atau ambil ringan. Tak banyak ambil tahu tentang banyak perkara kat sekeliling dan jugak tak cerita banyak menda yang aku buat. Dan, lebih banyaknya lebih bergurau. Mungkin itu menampakkan yang aku ini mudah. Mudah untuk serap apa jua benda di sekeliling. 

Sebagai manusia, ada banyak menda yang aku buat tak sempurna. Malah, ada yang gagal. It's okay. Ini semua ketidaksempurnaan yang aku hadapi dalam hidup. Aku hadap dengan tenang dan jarang melatah.

Malangnya, menda ni bukak peluang untuk orang lain kritik kehidupan aku. Seolah-olah, pada pandangan mereka aku buat sesuatu yang tak berguna. Atau gagal atau apa apa seumpama dengannya? 

But still, its okay. Aku tak da masalah dengan itu. Sebab aku tahu yang dalam apa apa jua keadaan kita tak boleh nak kawal perspektif orang. 

Jadi, apa masalahnya?

Meningkat dewasa ini, aku terfikirkan sesuatu.

Ada masa orang datang dan meremehkan diri aku. Mostly, aku tak mahu melawan. Sebab apa? sebab macam yang aku cerita kat atas tadi. Jadi, aku amik pendirian untuk mengiyakan dan dalam kebanyakan masa adalah dengan nada bergurau. Langkah ni mudah, kita bukan nak bertanding siapa yang paling betul atau siapa yang paling hebat.

Tapi, aku tersedar sesuatu, aku perlu memahami yang apa saja yang keluar dari mulut aku adalah tanggungjawab aku. Sekiranya aku turut mengiyakannya walaupun secara bergurau bermakna aku sendiri yang membenarkan ia keluar dari mulut. aku kena akui yang My words, my responsibility. Tak kira gurau atau tidak. Lagi-lagi satu ucapan sendiri yang mengakui ni tak berguna.

Sesudah itu, aku pandang apa yang aku ada. segala pencapaian. segala rezeki aku. aku lihat cermin diri sendiri dan aku minta maaf pada diri sendiri. 

Aku nekad, menyatakan satu pendirian:

Aku mungkin nampaknya tidak kisah dengan apa yang orang lain pandang terhadap aku, dia boleh kata apa saja. boleh jadi dia tidak nampak semuanya atau boleh jadi dia hanya mencari kelemahan. Tetapi aku tak boleh membenarkan kata-kata itu. Aku, diri aku dengan apa yang aku hadap semuanya punya makna dan berguna jika bukan untuk kau, tapi untuk orang yang aku sayang. 

dan kita berhubungan seperti sediakala. Damai.


This is self reflection story of mine. A 33rd years old resolution for life. 


p/s: Untuk anak-anak ayah, Iman, Amin dan Naim, ayah selalu ingatkan untuk kamu semua berjiwa besar. Akan ada masa kita dikelilingi mereka yang memperkecilkan kita. Mungkin ayah, mungkin mama atau mungkin orang kita kita percaya. Jangan mudah melatah. Tenang dan raikan mereka. Kita kenal siapa diri kita. Fikir segala apa yang kamu punya. Bersyukur atas nikmat tersebut. Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat Allah. 

Wednesday, October 27, 2021

59. Terpaling dalam


Perjuangan ini untuk apa

dengan segala apa yang kita kejar, untuk apa dan siapa

setinggi mana sudah kita daki tapi apa kiranya rantai masih dikaki.

terasa kecil dengan diri sendiri

walau tanggungjawab yang dipikul makin terisi

setelah seberapa lama baru kita tersedar

rupanya perjuangan ini bagaikan lapisan bawang,

lapisan luar penuhnya dengan lakonan, ego dan pendam

jika diselak sehingga terpaling dalam,

tinggal cuma rasa itu, 

rasa yang ingin diterima, dihargai, difahami tanpa prejudis

jauh di dasar hati, yang kecil seakan meronta,

wahai sebahagian besar jiwa,

kalaupun bangga mengapalah tidak pernah diucap

kalaupun sayang mengapa tidak lagi dikucup

kalaupun salah mengapa tidak diterangkan

kalaupun kecewa mengapa dilihatkan wajah yang berputus asa

kalaupun kasih mengapa berselindung disebalik keringat dan riak wajah tiada perasaan

keseorang kami tinggallah jiwa yang tandus dan haus

tiap langkah kehadapan tidak sepatutnya sebegini berat

tidak sepatutnya sebegini berat

dan kita patutnya lebih dari ini


Saturday, October 23, 2021

58. Kasih yang tak diucap



repost daripada post di facebook 5 Mac 2014

ini ada satu kisah. mengenai seorang lelaki bernama abah. masa tu bulan puasa. malamnya kami solat terawih di surau sebelah rumah. tiada siapa yg tinggal. pintu berkunci. usai tarawih aku pulang awal. abah bersama jemaah lain. berburak. aku terkejut. pintu rumah tak berkunci. gegas aku masuk. cek barang. sah. blackberry baru aku hilang. wallet jugak diselongkar. aku bgtahu abah. abah pun gegas. cari walletnye kalau2 lesap jugak. tapi wallet abah selamat. abah nmpak wajah aku ralat. yelah, jarang aku beli gajet yg harganya ribuan tu. tapi aku diam. cuma syukur takde apa yg lebih berharga hilang. esoknya, di atas meja abah letak beberapa not seratus. lima keping kesemuanya. mak kata abah suh beli henfon apa yg patut. abah xmampu nak bagi beribu. aku tahu abah pakai sebahagian duet modal berniaganya. dan dia akan hutang dlu dgn apek sayur dipasar. aku ambil satu keping dan beli fon samsung berharga rm50. selebihnya aku pulang kepada abah. terima kasih abah. kerana untuk menjadi seorang hero utk aku. untuk mak. untuk kami. sejak kami lahir sampai bila2.

57. Kotak hitam kita

Aku jarang obses dengan penyanyi. Tapi lagu yang baik buatkan kita selalu ulang. Main dan main sampai melekat dan jadi memori. Bila lagu tu dimain semula. Jiwa kita melayang mencari momen yang kita dah ingat-ingat lupa tu.

Lagu visa -  dalam gerimis dan lagu amy mastura - kasih adalah lagu paling awal melekat dalam memori. Bila terdengar lagu tu, automatik rasa macam berada pada momen lagu tu dimainkan - momen yang susah digambarkan. Seolah sebuah mesin masa bawak kita kembali pada masa lagu tu dimainkan di telinga kita.

Mungkin sebab tu sampai sekarang lagu-lagu ni masih ada dalam playlist tak kira di handphone atau mp3 player. Seiring dengan usia banyak lagi lagu yang ingatkan keadaan tertentu, lagu skater boy - avril lavigne mengingatkan suasana dalam bas ketika perjalanan pulang dari Gerik ke Ipoh. Lagu-lagu boyband yang popular seperti Westlife dan BSB ingatkan pada zaman sekolah rendah. Genre yang lebih rancak macam Linkin Park semasa di sekolah menengah.

****

Iman pada usia 5 tahun suka betul dengar lagu One day - Akon dan Matisyahu. Lagu ni ada dalam playlist ayah sejak zaman universiti sebab ayah minat dengan video iklan berlatar belakangkan lagu ni. Pada masa ni Iman seperti kebanyakan kanak-kanak lain minat dengan figura hero seperti Ultraman. Tapi lagu ni tetap Iman ulang terutama dalam kereta. Marah ayah dan mama kalau kami tukar lagu lain atau perlahankan suaranya.

Satu hari nanti Iman akan lupa momen ni.. Ayah selitkan video ni supaya tak susah nak cari nanti. Sama-sama.


Have a great life ahead, son.  Ayah sayang kamu.

Saturday, October 9, 2021

56. deraf bahagian pertama

Ada benda yang kadang-kadang buatkan kita bersungguh nak lepaskan melalui tulisan. Tapi terhenti. Tak bermakna ia tak ada makna. walaupun ia sekadar deraf. 

Kekadang aku cari masa untuk singgah membaca disini. Tapi dibalik tabirnya,  tersimpan deraf deraf cerita yang tiada kesudahan. jugak aku baca. tapi biasanya lupa. Harapkan otak mula bekerja mencari mana mulanya setiap cerita.

Jadi post ini khas bagi menghargai setiap bait idea-idea yang hadir. Dan mungkin juga ada bahagian kedua nanti.

......

'dush'. bunyi laga antara kepala mior dengan kayu besbol milik bapanya. mior tersentak, dia paling, berdiri tegak muka mamanya. dalam denyut sakit kepala beliau

......

Berapa ramai yang sedang bekerja
mencari not not berwarna
untuk kejar impian
untuk milik bahagia
tapi dia tak rasa pun
dia rasa kosong

bagaimana rasa bila buat orang lain tersenyum
bila buat

sebab kadang kadangnya kau lupa
kau rasa seperti tak puas.
kau tak mampu tersenyum keseorangan.
tapi kau gagal buat orang tersenyum.

bila kau terlalu simpan 'rezeki' kau,
kau lupa satu benda yang ajaib
bila mana rezeki itu boleh datang dari
depan atau belakang,
asalkan kau tahu bagaimana caranya bertaqwa

....

Arun basuh muka. cermin itu dilihat tanpa kelip. arun seakan buntu. tidak lagi tahu mana tempat dia nak melampiaskan rasa itu. dah lama arun pikir rasa ini. rasa yang seakan balut jiwanya. rasa seperti tidak bebas walau dia tak kurang apa apa.  arun duduk sekejap. dia bertafakur. apa yang tak kena.

arun terjaga. bingkas bangun dan siap pergi kerja. enjin motor dihidup dan arun berlalu.

Wednesday, October 26, 2016

55. Takde siapa

Lesson learnt.

Tak de sapa yang ntah dari mana datangnya, secara tiba - tiba nak tolong kau. Tak, ketahui lah dia tak ikhlas. Ouh, malangnya masa tu kau naif. Dibiarkan judgement normal kau dimanipulasi akibat kelemahan kau disentuh. Tapi yang  sedih pedih bila yang datang tu pun naif. Setting kepala otak semua dah lari. Inilah barah. Jika ini bukan namanya fitnah di akhir zaman, gila babi nak pikir macam mana time dajjal muncul nanti.

Jangan buat gila.

Tuesday, October 18, 2016

53. Kita bukan penyampai

Pengajaran yang ultimate dalam mana mana pengajaran adalah apa apa benda yang datang dekat kau dan bila kau analisa benda tu, kau dapat belajar sesuatu, kau kena ingat pengajaran tu datang untuk kau.

Untuk kau sorang. tak wajib pun kau share kat orang. orang tak kan paham macam mana pahamnye kau. Dia tak sama macam belajar kat kuliah. Maybe ni lah orang kata pengajaran dari jalanan.

Jadi, apa yang kau hadap, kau hadam dan simpan. Cerita boleh, tapi kalau orang tak nak dengar, kita wat lek wat pis je.

Mungkin untuk dia dapat tangkap apa kau nak sampaikan, tuhan kasi dia can hadap apa yang kau hadap dulu.

Wednesday, May 13, 2015

52. maivi

Dulu masa mula-mula aku beli kereta myvi, wani tanya. Nape beli myvi, secara directnye aku jawab, sebab myvi ruangnye kecik, dan kita semakin rapat. Hahah. Jawapan  tu lagi sweet rasanya daripada aku jawab soal financial burden.

tapi jawapan tu tetap ada rasional.

masa trip nak g mencandat sotong kat kuala terengganu awal bulan 5 2015, mulanya ingat nak bawk mak abah. then, akir pun nak ikut jugak. Mak pulak kesiankan cucu sulong dia. So, sardinkan lah semua dalam myvi aku ni.

Abg long (cucu sulong) ni bukan kecik sangat orangnya. susuk dia da macam budak besar jugak. Maka, menyempitlah 6 orang dalam myvi. Dan perjalanan nak ke kuala terengganu daripada KL tu sangat lah jauh. bertolak pukul 11pg dan sampai dalam pukul 8.30 malam. kesian tengok abah terhimpit kat tepi sambil tangan bergayut kat holder atas cermin tingkap tu.

Tapi, alhamdulillah semuanya baik je. Memang betul lah, ruang antara kami sangat kecik dan kami jadi sangat rapat. Untuk perjalanan yang lama tu, 3 generasi keluarga bergurau senda. Kat situ, aku terperasan yang abg long bukan kecik lagi dah. Dah boleh bawak bergurau macam orang besar . Kami bergurau dan bergelak sampai meleleh air mata.

Bila teringat balik, datang satu perasaan lain pulak. sambil senyum senyum. mungkin lebih tepat, bahagia. heh.


51. Lesson

Pengajaran dan pelajaran itu memang berharga. Adakala, kita perlu bayar untk terima satu satu pelajaran atau pengajaran dengan harga yang sangat mahal. Malah tu, kadang-kadang hampir tidak mampu untuk kita bayar.

Tapi, bersyukur lah, kita masih diberi kesempatan untuk mempelajari sesuatu sebelum terlambat. Kehidupan ni memang satu kelas bagi kita. Gurunya? Entah lah, apa saja yang terjadi depan mata, mungkin guru nya. Dan terpulang pulak kat kita sedalam mana kita mampu absorb apa yang diajar.

Pada masa tu, baru kita perasan yang sebenarnya yuran puluhan ribu di universiti tak la terlalu mahal berbanding dengan sesetengah pelajaran yang kita kena belajar pada masa kita berada dalam kehidupan kita sendiri.

Bersangka baiklah dengan tuhan, sesungguhnya kepada Dia kita rebahkan kekuatan.

Thursday, May 7, 2015

51. mariasi

Alhamdulillah. 27 Feb 2015 aku sah jadi suami kepada noorhazwani.

Bab kawen ni bukan bab main2. Bab kawen ni bab serius tahap berkerut dahi tu. Tu sebab masa berbincang dengan family sendiri atau dengan bakal family mertua pun berkerut merut dahi. Some say perkahwinan itu ibarat perjudian. Kena gamble ja. Tapi bagi aku, ibarat pelaburan. Orang berjudi harapkan luck, tapi bagi aku, kita melaburkan bagi mengharapkan keuntungan. Ish, macam kaki kikis bunyi nya. Dalam konteks ni, maksudnya kejayaan lah.

End of pelaburan story mory ni. For sure sebelum masuk ke alam perkahwinan, kena lalu gerbangnya dulu. Disambut sambut, didoa doa, dikompang kompang, dipalu palu. Kat situ pun banyak menda yang signifikan. Mungkin menjadi trend skang ni untuk buat majlis gilang gemilang. Biarlah, buat je la yang termampu. Bak kata mawi, xsampai 25% jemputan yg datang adalah member, lagi lebih 75% orang kampung dan kawan2 mak ayah, jadi puaskan juga hati mak ayah sebab tu sebenarnye majlis dorang.

Best man perlu apa bagi bakal pengantin lelaki. Nampak macam ikut style barat, tapi kalau benda tu baik, apa salahnya.Well, aku mintak lokman keme jadi best man. Dia pun teruja. Alhamdulillah. Banyak betul membantu, dari persediaan untuk akad nikah sampai la ke majlis bersanding. Not to mention dia tak sihat masa tu. Kena herpes apa menda entah masa balik dari jepun. Tapi he did well. Aku berbangga ada member yang sangat prihatin pasal persediaan aku untuk jadi suami orang. Salute bero.

Alhamdulillah, segala yang dirancang berjalan dengan baik. Aku tak pernah rancang sesuatu dengan detail untuk diri, melainkan untuk berkahwin. Dan satu lagi untuk berkahwin dengan seorang wanita bernama Noorhazwani bt Daud merupakan keputusan paling konsisten pernah aku buat sejak 8.8.10. Untuk sesetengah orang mungkin nampak biasa, tapi bagi aku yang sangat macam lalang, ia satu kejayaan yang besar. *tepuk bahu sendiri

Alhamdulillah, majlis persandingan berjalan dengan baik. Takda masalah yang besar berlaku. Semuanya baik2 aja. Kenduri aku dibuat secara gotong royong. Aku ada masalah dengan itu pada mulanya, sebab mak n abah dah tua dan tak larat, better pakai catering. Tapi kawan2 mak insist nak bergotong royong, so aku ikutkan je. Dan alhamdulillah, setel semua, tak ada penat sangat macam majlis gotong royong yang lepas2. Team rewang buat kerja dengan gembira. Mungkin tak ramai sangat orang yang datang, tak apa lah asalkan semuanya dapat makan, dan tak lebihan lauk pauk sangat yang membazir. Semuanya ngam ngam. Abah pun takda tambah duet sendiri, malahan duit yang aku bagi n salam kaut, aku bagi je abah dan infak skit untuk pembangunan markas kat sebelah rumah. In fact, apa yang lebih membahagiakan jika majlis yang dirancang berjalan dengan baik dan semua oang gembira, Alhamdulillah.

Pape pun, hari itu adalah hari aku melangkah masuk ke gerbang perkahwinan. Tak tahu apa yang bakal terjadi dalam alam yang baru. InsyaAllah, kali ni tak berseorangan, berteman, moga kami mampu mencari tapak yang baik. untuk mencari dan membina  sebuah syurga di dunia.

Terima kasih Allah.

Wednesday, February 11, 2015

50. no answer

pagi ini aku gerak awal ke tempat kerja
bagus
dia bagi masa untuk aku toleh kiri kanan
sampai buat aku terpikir

semasa aku bertenggek atas motor, mencelah celah antara kereta dan lori
sebelah kanan aku seorang lelaki bawa BMW usia awal 40an, kat bahu jalan seorang wanita
berjalan kaki, lingkungan 40 juga.

yang melintas depan aku, di T junction, seorang lelaki cina bawa seorang perempuan di belakang dengan kereta, ada moto di sebelah, dua orang lelaki indonesia agaknya bawak alatan menukang.

terpikir aku satu persoalan yang aku yakin tak da jawapan tepatnya.
beribu orang aku tengok
berjuta orang kat kuala lumpur
berbillion orang kat dunia

ada yang jual nasi lemak
ada yang hantar orang lain ke tempat yang dituju
ada yang pergi siapkan rumah orang
ada yang bersiap untuk g kerja
ada siapkan sarapan
ada yang masih bersemangat sedangkan dia sepatutnya down sebab kena penjara

apa makna hidup bagi kami ini?
adakah kita hidup hanya untuk survival


Monday, February 2, 2015

48. visi

Buat pertama kali dalam hidup
aku terpikir pasal visi dan misi secara official untuk sesuatu perkara yang serius

27 hari lagi.

perkahwinan bukan hanya pada kenduri
kenduri hanya permulaan

tapi masa visi dan misinya sebuah perkahwinan?
Blank

Kena cari.
cuba cadangkan.

Saturday, January 24, 2015

47. silat

Orang dulu dulu kenal sangat
siapa pendekar 5 bersaudara
bila tanya orang muda
dorang patut tahu dah ada 6

man, usop, mat, katang, sahak dan bongsu
Mula bersilat sebab tengok katang dan bongsu
Bukan sebab nak jadi kuat. Tapi sebab dok serumah.
Pi la mana mana mesti sekali.


Dah masuk gelanggang,
kena sepak, terajang, kunci puns sekali.

cuma si sahak,
taubat tak mau bersilat dah.
Berlari balik.

Entah kenapa, memang perit rasa masa turun berlatih. Tapi bila da turun, okey je.

Makin lama,
hilang seorang pendekar pendekar ni. Jangan tanya kemana, masing di bawa arus gila.



Andai datang penjajah dengan meriam
dan 7 buah angkatan laut
pasti dorang kalah
kerana 6 pendekar ini
bersahabat

Friday, January 23, 2015

46. Sahabat

Aku pernah janji kat diri aku,
aku mungkin tak ada waktu kau seronok
atau waktu kau nak berseronok
Dapatkan orang lain.


Tapi nanti
waktu susah,
Bagitahu aku dulu,


Aku lebih kecewa
kalau kau lupa aku,
waktu kau susah.

Wednesday, July 23, 2014

45. Lagi terang lagi bersuluh

" Man, sorang je ke?"

Tegur Usop bila nampak Man berjalan seorang. Ceria betul Usop pagi ni. Maklum lah, Esah bininya dah abes pantang anak ke lima dorang. Abes semua orang disapanya pagi ni. Muka Usop memang senyum aje lah, macam kerang busuk juga kalau lama lama tengok.

Man perasan sapaan Usop. Tapi tak pula senyum. Dia dongakkan sikit kepalanya agar biji mata dapat melihat jelas menembusi kanta cermin mata rabun dekat yang dibuat kat kedai optik Wah Seng. Itu pun ketika terlihat promosi bingkai+cermin hanya Rm19.90. hampir setiap tiang letrik disangkut banner promosi tu. Tapi bila da siap cermin matanya, hampir RM300 juga yang melayang. Entah mana silap pengiraannya.


"Eh, tak lah Usop, satu keluarga ada sekali ni". Sindir Man.

"Dah aku sorang je jalan kaki ni kan? Takkan ramai pulak? Cubalah tanya soalan yang berfaedah sikit" Tambah Man.

"Ngee" sengih Usop sambil tergaru-garu belakang telinganya. Itu je lah yang dia boleh respon pun.

***

Entah kenapa panas betul hati Man bila orang bertanyakan soalan sebegitu. Seperti kura-kura dalam perahu, buat-buat pula tak tahu. Dah lama Man perati benda ni. Kali ni baru dia luahkan, itu pun kat Usop. Dia tahu Usop boleh terima kepala angin dia ni.

Man terus berjalan menuju ke kedai Basri. Sambil mengingat balik apa yang dipesan oleh Ani isterinya tadi.

***

Usop seronok benar. Esah sekali lagi disahkan hamil. Mungkin ini rezekinya, baru sebulan si Esah habis pantang, kali ini hamil lagi. Doktor yang sahkan. Gembira benar sehingga satu kampung hendak diberitahunya. Pantang saja siapa yang lalu di depan rumahnya, pasti akan disapa.

Dari jauh, Usop ternampak Man. Aduh, Usop mengeluh. Dia mahu menegur Man tapi bimbang dikatakan mengeluarkan soalan yang tidak cerdik lagi. sudah sebulan Usop tidak tegur Man. Sudah lah gosip-gosip tentang Man pun dia tak tahu, bagaimana mahu memulakan perbualan ini.

Belum sempat Usop abes memikir, Man sudah berlalu di depan rumahnya. Ah, dia terlepas lagi. sudah sebulan satu hari aku tak menegurnya. Detik hati Usop sambil menggaru belakang kepalanya.

***

Man berjalan hari ini ke kedai Basri lagi. Kali ini mencari gula kabung. Pelik betul dia, sudah lama tak ada sesiapa menegurnya. Walau bagaimanapun, Man selesa begitu, asalkan tiada pertanyaan bodoh yang hinggap ke telinganya.


***mengerti?***

Sunday, September 8, 2013

44. semahunya

dah lama tak menangis semahunya.
sampai teresak - esak
sampai tersedu - sedu
macam takutnya dekat sesuatu

masa itu menangis semahunya
sekejap tutup mata sekejap gesel kelopak mata
duduk kat bucu pintu
nangis paksa keluar air mata
kadang terasa masin hingus meleleh ke mulut

tak letih menangis semahunya
terus menangis dan menangis
kerana tahu tangan ini lemah
tak tahu melawan atau bangkit mempersoal
lemah sampai tak mampu lap pun
hidung yang masih basah

terus lagi menangis
sampai datang satu jasad magis
dengan pelukannya mendiamkan
berjuta tangis di jiwa kecik kita

bila dah kononnya besar
kita lupa bagaimana rasanya
rasa menangis semahunya.

Monday, September 2, 2013

43. takut juga

Kadang- kadang kita didatangi bahagia
kita suka. Ia buat kita ceria.
Kita nikmatinya.
Kita harap ia jadi satu memori yang indah.
Yang susah untuk dilupa terutama bagi orang yang senang lupa.

Cumanya,
dekat hulu hati.
Berharap dan berdoa.
Agar jika bahagia ini satu anugerah rasa dari tuhan
moga ia membuatkan diri lebih dekat padaNya

sebab takut juga
Ia hanya satu kesenangan
sementara menanti sebuah keperitan
yang buat kita makin jauh dariNya

Wednesday, August 21, 2013

42. cerita gampang.

Gampang. Lewat. Berdesup aku mandi. Pakai baju dan kuar dari rumah. Hari ni naik tren. Kereta mounting enjin da rosak. Bodoh betul apek bengkel ni lah. Kau repair menda lain, menda lain rosak. Ah, pegi mati dlu pasal kereta tu, aku kena dapatkan tren. Tedekat. Stesen ktm sungai buloh. Harus gegas. Kena gegas. Jem pulak dekat fly over ke ktm sungai buloh ni. Tak apa lah, semua mahu ke tempat kerja. Aku paham. Jam da tunjuk pukol 7.30 pagi. Da sampai. Cari parking. Eh, sejak bila parking kereta di stesen sungai buloh ni 150m ke dalam. Oh, gampang lagi.. aku nak cepat ni. Naseb ada shuttle yang ambil. Ada tulis MRT kat shuttle tu. Oh, ni projek deme la kot. Pedulikan. Jam tunjuk 7.45 pg. Masuk shuttle dan gerak. Ehh.. ramai pulak nak naik shuttle ni. Bodoh betul la, cepat la skit kalau nak naik pun. Sampai di stesen, terus ke kaunter. Beli tiket. Tunggu tren. Duduk. Bangun. Duduk. Bangun. Gampang. Mana tren nih? Jam da tunjuk 8.00 pagi. 8.02 baru tren sampai. Okeh, sempat kot. Druu.druu..druuu.. (bunyi tren) gampang gampang, tren ni lembab cam sloth. Dalam hati da menyumpah driver. satu part hati yg lain pulak, mintak tuhan tolong bantu. Bantu lah lajukan tren ni ke, hentikan masa ke, bagi aku kuasa berjalan laju ke.. em.. Tuhan tak tolong. Druu.druu..druu.. em berhimpit dalam tren. Dorang sume ni masuk keje kol 8.30 jugak ke? Ke semua ni bakal lewat cam aku? Aku usya sorang dak cina tido time berdiri. Rasa nak terajang je tengok muka dia. Nak tido baring boleh tak. Tengok jam, da 8.25 pagi. em.. da kompem lewat. Okeh, kena tukar tren lak. Lrt ke kerinchi. Beratur ramai gampang sebab hanya nak passing tiket tu kat pegawai ktm. Gampang kan? LRT xsesak. Oke lah. Xlama pun. Lagi pun memang da lewat. Secara gampangnya. Aku lewat hari ini.

Masa berjalan pergi ke opis dari stesen LRT aku mula da keluar apa alasan nak bagi dekat bos nanti. Macam macam. Rasa nak cerita balik A-Z apasal aku lewat. Boleh tak tuan dengar? Boleh lah. Boleh lah.. saya ceritakan kesemuanya ye..

gampang. Tak puas hati dengan semua menda. Tak puas hati dengan menda yang tak boleh kau ubah. Kau dengan pemikiran orang lemah sama aje. Cerita dia apesal kau bangun lewat? Kalau kau awal, kau akan sampai awal. Orang yang suka bagi alasan ni orang yang lemah. Gampang. Aku kena hadapi sebagai seorang lelaki. Aku kena admit salah aku. Aku tak gerak awal tu sebab aku sampai lewat. Full stop. Gampang.

Saturday, November 10, 2012

41. hati - hati hati ini.

ia datang dan menepuk bahu, diusap dan dibisik.

perkara kecil, jangan dibesar.
hati yang marah, jangan didendam.
kata yang kasar, jangan disimpan
hati yang terhiris, elak dikutil
mulut yang berkata, jangan dibiar nista.

hati kecil ini mahu juga dijaga.

tidak mengapa, andai yang kecil hanya mahu dijaga,
bagaimana mahu disogok yang besar pula,
tidak mengapa, hidup bukan mahu difahami.
tapi belajar untuk memahami.
fahami dan terus fahami.
situasi dan interpretasi basi.

sebelum ia pergi, ia kucup dahi.
moga hilang kotor hati.
sebelum nnti mati.