Sunday, May 29, 2011

18. sampai bila

mood: insaf
lokasi: malaysia
minum: tiada
dengar: tiada

sume orang mengimpikan untuk jadi sempurna. tetapi, memang azali kita tahu kita tidak akan sempurna kerana memang manusia dicipta dengan kelemahan. dengan kelemahan, semoga kita tahu untuk bersyukur. dengan sedikit kelebihan yang kita ada, sedikit nikmat yang diberi sahaja manusia suda ramai yang riak, lupa dan menghina orang lain. kesempurnaan manusia itu ada, itu lah semasa kita bersyukur. tetapi itu la perkara yang paling susah untuk kita lakukan. maka, tidak ramai yang bersyukur dan patutkah mereka mengatakan diri mereka sempurna. kesempurnaan itu besar dan luas maknanya, dengan melihat seseorang itu punya segalanya saja, tidak dapat ditafsirkan yang mereka adalah sempurna. kehidupan ini adalah satu proses pembelajaran, yang mana setiap saat kita lalui kita sedang belaja mengenainya. jatuh bangun dari setiap kegagalan adalah perkara yang tidak biasa bagi kebanyakan orang, kerana tidak ramai orang yang bangun apabila jatuh, dan tidak ramai juga yang pernah jatuh, juga ramai yang jatuh kembali apabila cuba untuk berdiri. kita punya sandaran yang sentiasa memaafkan kita. Maha Esa. apabila langkah yang salah, kita terjatuh, terjelepuk, kita menepuk dahi, kita sedar langkah yang salah telah diambil. kita kembali bangun, tetapi, langkah yang sama kita ambil. kita kembali terjatuh, terjelepuk, kita kembali menepuk dahi.. dan kembali bangun... langkah yang sama kita ambil dan kembali terjatuh. semuanya berulang2, kerana kita sangat lemah, tidak berdaya dan kalah. sentiasa berlegar di fikiran sampai bila kita menjadi seseorang yang kalah dan sampai bila kesalahan itu dimaafkan. dan adakah kita benar2 belajar dari kesilapan.

semoga kita di dalam rahmatnya.

Wednesday, May 25, 2011

17. arnab.

mood: cool..
lokasi: kota damansara
mendengar: xde pape. senyap aje..
minum: yeo's lychee

haloo.. emm..kali ni nak cite sal arnab.. eheh.. arnab comel kan?? emm.. yang dalam gamba ni namanye jerry.. ada 2 ekor, tom dan jerry.. arnab ni sebenanye peneman membe2 yang tengah wat short sem kat kolej.. tapi, memandangkan short sem dorang nak abes da.. saya ingat nak amek la, buat jadi binatang peliharaan.. comel kan... emm.. ada banyak lagi sebenanye gambar menatang comel neh.. tapi, pilih pic ni je la.. sebab malas nak upload banyak2... tade masa woh... oke2, take care sume... cheers!!

Friday, May 20, 2011

16. tabur.

mood: takde mood yang spesel..
lokasi: pusat tusyen graduan muda, kota damansara
mendengar: proses pembelajaran dan pengajaran
minum: xda minum pape..

haa.. kali ni nak cite pasal trip ke bukit tabuh.. satu trip yang mengejut woh... tibe2 je diajak.. dan aku lak tibe2 je ase nak g.. ngeh3... trip ni bukan sahaja mengejut dari segi perancangannye malahan juga dari segi persiapannya.. mane taknye, kitorang naik pakai suar jeans je.. sebab ingat bukit ni tak lah tinggi mane kan.. last2 memang agak bebal le jugak.. dengan mengadap puncak yang tak abes-abes dan bole buat mental kat situ.. kitorang naek bergerak naik seawal jam 4.30pg. sebab memang da rancang nak tengok sunrise... then perjalanan naek dengan diterangi lampu suluh sahaja.. sampai di suatu tapak yang lapang... sembahyang subooh.. sampai di puncak yang boleh tengok view macam kat atas gamba tu pada pukol 6.55am lebih kurang.. sampai kat atas, lepak2, tido, makan2 dan bergelak ketawa.. akhirnya, bergerak pulang pada pukol 9.30am.. perjalanan yang agak mental bermula dari sini.. pelbagai halangan dan onak.. tetapi sumenye lega apabila melihat keindahan alam sekeliling... sesungguhnya sungguh indah ciptaan tuhan,,,

Tuesday, May 17, 2011

15. manis rumah.

mood: relaks sket.. cuti wesak kan..
lokasi: kota damansara, malaysia
mendengar: hey soul sister dari train
minum: milo

baru-baru ni setiap ari agak sibuk dengan praktikal dan penjelajahan yang tak suda2.. tak ada masa untuk bermanjakan diri kat umah.. huhu.. tak mengapa lah.. cuti pon panjang lagi.. bole cuti kat umah puas2 pas abes praktikal neh.. banyak nak dicitekan sebenanye ni.. tapi maybe akan diceritakan untuk gambar2 akan datang.. ngeh3.. so, untuk dengar pengembaraan chaie safri di tempat praktikal beliau, dan penjelajahan tidak bersedia beliau ke bukit tabuh dan pengalaman menarik mendaki gunung nuang.. pastikan anda melanggan aplikasi iphone khas beliau... huahua... mintak maaf skang susa giler nak hapdet.. tapi, akan berusaha untuk mengapdet jua ya... take care u'olls. semoga sumenye berada dalam keadaan yang baek2 belaka. cheers!