Saturday, April 23, 2011

14. pray.

mood: berbunga
lokasi: kuala lumpur
minum: air asam boi
mendengar: lonely soldier boy by hujan

sambil menikmati air mineral yang dibeli tengah malam semalam sebab dahaga yang amat. xperasan pulak le dekat penutup botol tu ada tulisan yang serba sedikit menyentuh hati. "let's pray for japan". sume tau kan pasal kejadian gempa bumi kat sana kan.. gempa bumi dan tsunami tu membawa pelbagai mesej yang diinterpretasi oleh pelbagai pihak. bagi saya, apa yang bole dilihat dari bencana ini, manusia boleh memanipulasi alam untuk kepentingan peribadi, tapi harus diingat yang alam juga mampu memanipulasi alam ciptaan manusia itu sendiri even secanggih-canggih alam buatan seperti yang terdapat di jepun. satu mesej untuk semua umat manusia tetapi ditunjukkan dijepun. tak mustahil ditempat lain. kepada rakyat jepun, tabah dan selamat menempuhi hari2 baru. let's pray 4 japan, terutamanya member2 seagama kita yang ada kat sana. huhu.. take care you ols..

Friday, April 22, 2011

13. moon.

mood: excited.. haha
lokasi: semenanjung malaysia
minuman: xda. tapi dahaga.
sedang mendengar: masalah mawi dan kiren nyanyi dan pandangan faqeh

saya balik dari umah akak yang berada di kota damansara. masa ni pukol 11.30 da. pastuh on da way ke kolej, nampak la satu mende bersinar-sinar besar camtuh. then, terlintas di pikiran nak amek gambar bulan yang cantek itu. walapon xmengembang dengan sempurna disebabkan da lepas tengah bulan. haha.. tapi still nampak cam besar kan. oke la.. sesampai di kolej, saya terus ke ke bilik member, pinjam lens yang agak panjang dan yang paling panjang ada kat kolej ni. haha.. 200mm je pon. oke la dari takde. pastuh, dengan mengingati sket2 teknik yang penah terbaca kat blog saufi ahmad, saya pon pegi la sengsorang kat belakang blok tuh..

pas edit2 sket.. tadaaaa... da siap... yang ayat-ayat jiwang tu khas untuk awak ye.. ssk. tata..

Thursday, April 21, 2011

12. apa hal?

mood: relax bebeh.. ada gap paper exam 4 hari.
lokasi: malaysia
minom: 7up revive
dengar: dont matter by akon

apa hal? haha.. apa yang apa hal nye? kali ni saya sembang pasal minat saya iaitu amik gambar. oh ye, saya penah terbaca ayat ni. ia membuatkan saya terfikir sekejap.
               "mempunyai kamera bukanlah menjadikan anda seorang fotografer, 
ia hanya menjadikan anda pemilik kamera"
emm.. ada betulnye. dan saya ngaku bukan lah seorang fotografer. saya maseh ag pemilik kamera. yang tak abes lagi explore kamera tu pon. da lama saya inginkan mende alah ni. mende ni jadi impian saya sejak tahun1 kat universiti ni lagi. tapi berpeluang beli masa taun 3. baru sangat pon. mula2 pakai nikon d3000. masa bulan 7 2010. skang ni da tuka ke canon.

masalahnye. apa hal kan? haha.. sebenanye nak cite apa hal saya cukop berminat ngan mende gabak dan merabakkan poket ni. saya akan citekan satu persatu.

cepat lupa.
haha.. iye.. ni sebab pertama. banyak mende yang saya da buat, saya lalui. tapi saya selalu lupa. sayangnye... huhu.. banyak makan semot ah neh.. kenangan tu padam camtu je.. huhu.. pastu, gamba tak de.. haha..

terpesona 
terpesona dengan teknologi dslr ni. haha.. dye leh wat gamba yang cantik2. tapi bila da beli, baru tau yang nak dapat n buat gamba cantik cam orang lain wat bukan le senang. haha..

nak capture mende2 yang cantik
haha.. memang tu ada dalam tujuan asal nak pakai kamera dslr neh. nak amek gamba pemandangan yang cantik, orang yang cantik-cantik, binatang2 yang cantik, suatu moment yang bermakna. haha.. tapi bagi saya, cantik tu sangat subjektif. cantik diluar xsemesti cantik dalam gamba. kan?

nak dipuji.
haha.. nak jugak orang cakap.. uihh.. cantiknye ko amek gamba neh.. haha.. bukan ape, at least satu penghargaan atas usaha kita. agpon, setiap gamba tu maybe datangnye dari view individu tu kan. pernah jugak ada orang penah usha kamera aku dlu. belek2, tengok gambo dalam tuh, pastu cakap, kalo camni gambanye baek tak payah beli kamera besar-besar.. rugi aje.. mak aii.. direct abes.. tu la masalah sesetengah orang kan. tau cakap je. mane ada orang baru2 nak belaja terus nak amek gamba superb. pmikiran skeptikal sesetengah orang yang anggap bila ada kamera dslr, gamba yang diamek mesti kena terus dan semuanya cantik. puihh..

minat 
sebenanye tak lah terlalu minat. cuma, mende ni memberikan satu kepuasan tersendiri je.. bila amek gamba ahli keluarga, member2, sape-sape je kan.. bila dorang suka.. ase cam berbaloi la. ase cam beribu2 hengget tu da berbayar. hehe..

so, tu je la yang dapat diungkapkan. sebab kadang2 orang tanya. ape hal ko beli kamera yang harga riban2 neh.. sanggop berlapar.. sanggop terseksa ikat perot.. haha..

Monday, April 18, 2011

11. da takde.

lokasi: kuala lumpur, malaysia
mood: mamai
listening to: nothing
minuman: air mineral

tu poster yang aku penah buat untuk mak punye bisnes. bisnes nasi lemak. tengok cam oke la. tiap2 hari abes. biasa la jual kat student. aku masa kat matrik dlu pon camtu gak le. cikgu jual nasi lemak pantang je letak mesti sold out xsampai 10 minit. mak banyak wat bisnes camni. dulu masa abah bukak kedai runcit, mak jual rojak buah dan air. pastu kitorang adik beradik la kena jadi pekerja mak. tapi mak best, kalo jadi pekerja dye nanti dapat gaji. kalo abah pon dapat gaji gak. cuma pembayaran tu kdg2 lewat. hahaha...

mak ngan abah memang suka berbisnes. ntah la. maybe dorang tau dengan berbisnes boleh jugak membesarkan kitorang 9 beradik. haha.. oke pe, asenye masa kecil dulu, tak de yang kurang dari orang lain. cukop je semua. cuma selalu tak dapat permainan camne yang orang lain dapat. haha.. digimon, kasut roda dan lain2.. ala, impian dak dak kecik kan... 

tapi, aritu tepon, mak cakap da tak jual da nasi lemak. pas abang accident aritu.. takde sape yang nak anta nasi lemak tersebut. tak pe la.. mak rehat je la. buat amal ibadah, kalo sunyi, tengok le maharaja lawak. haha.

Saturday, April 16, 2011

10. ketika.

mood: letih
lokasi: kolej tun syed nasir, ktsn
sedang mendengar: seseorang memekak di bilik air
pendamping: air RO dalam botol mineral.

suda 3 paper exam lepas weyh. macam2 rase ada. tapi semua bole tolak tepi dlu. sebab kena pikir lagi 3 paper akan datang. terasa sem kali ini macam struggle plak. tapi malangnya, da lewat.. miahaha.. bukan setiap sem ke camtu?? ah.. better late than never. kepada reader sila jangan ikot. haha.. oke2.. emm.. cuma, kadang2, bila kita sibuk dengan sumthing, kita kurang bagi perhatian kepada perkara2 laen.. tak pe lah, kita cuba improve mane yang bole. hehe..

oke, gambar atas ni kurang kena mengena sket dengan cite. cuma aku sayang gambar ni. orang kata gambar ni tak cantik, o maybe tak de motif. tapi bagi aku, bila aku tengok gambar ni, aku cam terbayang suatu peristiwa masa kecil dlu. ape peristiwanye? aku pon xtau.. haha.. kena renung lama2 la agaknya.. ha.. kalo korang renung gamba lama, jangan lupa gtau aku apa yang korang ase. mane tau korang lak yang tau peristiwa aku tu.. hahaha... okeh.. selamat maju jaya semua!

Tuesday, April 12, 2011

9. jaoh.

mood: exam week..
location: tempat biasa
listening to: hujan..
drinking: mineral aje la.

hujan-hujan ni macam macam mende bermaen kat kepala otak.. dan minggu minggu exam yang sedikit menekan membuatkan mende2 tersebut bermaen-maen dengan lebih kritikal lagi.. haha.. cuma, apa pon yang berlegar-legar kat dalam kepala otak ni, walaupon pandangan jaoh, usaha biarlah dari yang terdekat dulu kan.. bak kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. yeah!!!! fokus dengan exam dlu..

Tuesday, April 5, 2011

8. 1 minggu.

lokasi: atas meja itu la
mood: blues.. ujan di luar
minum: air mineral botol besar
mendengar: konayuki

satu minggu untuk bersedia. study week kembali untuk bertungkus lumus. banyak terjadi kebelakangan ini menjadikan hidup ini lebih bermakna. banyak yang akan ditempuhi membuatkan adrenaline semakin meninggi dikala noradrenaline pula semakin menghampri kalenjar yang sepatut ditempuhinya. hidup semakin singkat dengan rasa hiba terhadap kekurangan usaha terhadap apa yang berlaku. entri ini menjadi tempat meluahkan mende2 yang aku sendri tak paham.. korang yang baca lak wat2 cam paham.. hehe.. sebenanya nak cakap yang minggu depan exam. just wish me luck. semoga berjaya chaie dan rakan2! dan untuk kamu juga.