ia datang dan menepuk bahu, diusap dan dibisik.
perkara kecil, jangan dibesar.
hati yang marah, jangan didendam.
kata yang kasar, jangan disimpan
hati yang terhiris, elak dikutil
mulut yang berkata, jangan dibiar nista.
hati kecil ini mahu juga dijaga.
tidak mengapa, andai yang kecil hanya mahu dijaga,
bagaimana mahu disogok yang besar pula,
tidak mengapa, hidup bukan mahu difahami.
tapi belajar untuk memahami.
fahami dan terus fahami.
situasi dan interpretasi basi.
sebelum ia pergi, ia kucup dahi.
moga hilang kotor hati.
sebelum nnti mati.
Saturday, November 10, 2012
Monday, October 29, 2012
40. Jiwa sapinong
muara kejauhan tiada hingarnya,
tenang air bagai setenang jiwa,
lantak dunia menyerong pandangan,
biar bukan tempatnya dijiwa insan merdeka,
tetapi seribu makna bagi yang memahami
seribu cerita mahu diluah,
kisah cinta, cekal, kecewa dan lelah,
dalam selingan jiwa rapuh,
sesah gurauan kata, ketawa disambut.
nah, setenang nama sungai begitu nama kampung,
sepinong dijejak dengan jiwa kosong,
ditinggalkan oleh pengembaraan mencari erti sesuatu,
erti sebuah kehidupan,
kecekalan tubuh yang sama tetapi cara hidup yang berbeza.
chaie.safri
18.7.2012
7.15 a.m
Jeti Kg. Sapinong
tenang air bagai setenang jiwa,
lantak dunia menyerong pandangan,
biar bukan tempatnya dijiwa insan merdeka,
tetapi seribu makna bagi yang memahami
seribu cerita mahu diluah,
kisah cinta, cekal, kecewa dan lelah,
dalam selingan jiwa rapuh,
sesah gurauan kata, ketawa disambut.
nah, setenang nama sungai begitu nama kampung,
sepinong dijejak dengan jiwa kosong,
ditinggalkan oleh pengembaraan mencari erti sesuatu,
erti sebuah kehidupan,
kecekalan tubuh yang sama tetapi cara hidup yang berbeza.
chaie.safri
18.7.2012
7.15 a.m
Jeti Kg. Sapinong
Monday, October 15, 2012
39. manusia todi.
Syahdu kian bingung. Beban dibahunya nyata kaha
berat. Dia buntu. Isterinya sedang sakit , tenat barangkali. Dia pula diperantauan mencari rezeki dan hidupnya
bukan mudah, kerjanya bukan ringan. Pendapatannya selama ini habis bukan dijoli,
tetapi untuk insan tersayang di tanah air sendiri. Hidupnya diperantauan cuma sehelai
sepinggang. Makan paginya hanya berkais, petang juga.
Dilema. Syahdu dilema. Manakan tidak, ikatan
perjanjiannya harus dilanggar demi
melihat keadaan isteri. Ini bermakna dia akan berhutang dengan agensi yang
membawanya mencari rezeki. Namun, kasih sayang syahdu terhadap isteri menyaingi
segalanya, syahdu tekad. berkeras mahu pulang. Dan esok dia akan pulang, biar
tanpa hasil, tetapi berbekal kasih. Biar berhutang, biar beban semakin berat menggalas.
Malam itu, syahdu baring bersendirian, nafasnya
seolah-olah tersekat bagai ada batu berat menghempap dada. Matanya kekadang
dibuka, setelah lama kembali ditutup. Syahdu tidak mampu berfikir apa-apa.
Terlalu banyak yang bermain diminda lelaki Nepal ini. Syahdu asyik melihat sang
kelakatu terbang mengurungi lampu kalimantang. Tidak sedikit pun terganggu
walaupun ada yang hinggap di atas lengan yang terletak kemas di atas dahinya.
Syahdu tersenyum. Lagak kelekatu mengusik
hatinya. Bebas sungguh kelakatu ini. Terbang gembira tanpa masalah. Tiada
runsing. Tiada pening. Tidak adil dunia ini. Mengapa tidak saja aku menjadi
kelakatu, bisik hatinya.
Syahdu minum sepuas-puasnya. Todi yang
dibeli dikedai cina tadi ditonggangnya. syahdu mahu menjadi seperti kelakatu
td. Tanpa masalah, terbang mengikut rentak angin. Tiada siapa yang
menghalangnya. Syahdu kini bebas. Bebas dengan khayalannya.
Sayuti melihat diluar rumahnya. Guruh sudah
kedengaran. Ia bagaikan semboyan bagi sayuti dan rakan-rakan yang lain. Mereka harus
keluar. Mencari tempat yang lebih selamat. Guruh memberikan petanda tidak baik
bagi golongan-golongan seperti sayuti.
Tidak jauh dihadapan sayuti ternampak rumah
yang bercahaya. Tidak terang tetapi cukup untuk dilihat dari jauh. Rakan-rakan
sayuti sudah ramai berteduh di rumah itu. Sayuti hanya mengikut. Mengikut arus
perubahan yang sedia ada. Sayuti sudah dewasa, tetapi pelik dengan sikap naluri
hidupnya. Seperti tidak punya pendirian. Hanya tertarik kepada cahaya di kala
malam yang diselangi guruh menandakan hujan. Sayuti tidak pernah bertanyakan
erti hidupnya. Dia mahu bertanya tetapi siapa yang mahu menjawabnya. Seperti rakan-rakan
yang lain sayuti menghampiri sumber cahaya itu. Mengelilinginya. Keliru dan
tertekan.
Sayuti melihat kebawah. Dilihat kelibat seorang manusia tersenyum. Entah mengapa. Sayuti tidak mengerti. Cuma, Nampak di dalam senyuman itu suatu kebahagiaan. Aku ingin senyum seperti itu, bentak hati kecilnya. Sayuti terus mengibas sayapnya, menunggu esok yang mana pasti sayuti sudah tiada bernyawa lagi.
Sayuti melihat kebawah. Dilihat kelibat seorang manusia tersenyum. Entah mengapa. Sayuti tidak mengerti. Cuma, Nampak di dalam senyuman itu suatu kebahagiaan. Aku ingin senyum seperti itu, bentak hati kecilnya. Sayuti terus mengibas sayapnya, menunggu esok yang mana pasti sayuti sudah tiada bernyawa lagi.
*****
Syahdu terjaga, ditepuk rakannya mengajak
pergi kerja. Mata syahdu berat. Pipinya lebam. Mahu syahdu menangis sahaja. Dia
tersedar, manakan sama manusia dan kelakatu.
Sunday, October 14, 2012
38. botol dan si tua
masa: malam
mood: menulis
minum: coke
cuaca: hujan
botol tunduk terdiam. dalam kerunsingan dia masih boleh berfikir. botol sedar dia bukan seorang cendiakawan yang boleh mengagak masa depan. botol kesal, selama mempertahankan suara hati dalam niat untuk memulihkan segala. kini, apa yang botol lihat adalah jauh terbalik dari apa yang diagaknya.
botol hanya mahu melihat orang kesayangannya bahagia. kadang-kadang botol mahu menjadi penyelamat keadaan. sepertimana si lelaki lelabah menyelamatkan mary jane, kerana kasih sayang yang botol terima sangat berharga. botol bukan seorang pandai menghargai tetapi bila botol menghargai, tandanya botol benar-benar mengambil berat.
tetapi kini jiwa botol menjadi lesu. kekadang rasa pahit itu menyelar diperrmukaan hati. botol bukan lagi mahu menjadi sebuah penyelamat. botol mahu menjadi seorang biasa. botol bisa melihat kehancuran didepan mata. botol bisa menyeluk saku sendiri bila kemusnahan bermain di depan mata.
botol kecewa. hampa.
****desingan cengkerik****
si tiga tidak pernah bermain tetapi menjadi buah dalam suatu permainan dalam ciptaan angkuhnya. si tua melihat tiga. tua yang tidak mampu berdiri tetapi masih tidak mengalah. manakan tidak, sebiji pisang milik si tua berada dalam genggaman tiga.
salahkah si tua kerana pernah memberi peluang kepada tiga kerana untuk menjaga pisangnya. kerna sudah masa tua melepaskan pisang kesayangannya. dengan harapan bagaimana cantik pisang itu dijaganya begitu juga halnya apabila berada di tangan tiga.
dimana pula janji yang dikepilkan bersama semasa menyerahkan pisang ke tangan tiga. ah, si tua menepuk dahi, kesal yang tiada inti, mengapa tidak diturutkan kata hati. berlalu si tua dengan tiada harapan lagi, tetapi masih berdingkit perlahan agar langkah tidaklah besar, jarak tidaklah jauh. nyata, tua juga manusia, tidak mungkin menjangka masa depan.
****
mereka tidak akan pernah mengerti.
Thursday, September 20, 2012
37. angan & perancangan
10.08 pm. Ipoh.
suda bekerja mesti la punya angan-angan kan. rasenye angan-angan ni pon xbape mencabar sangat. boleh ag untuk digapai. moga2 murah rezeki. At least, tiap kali pegi kerja tu semangat la sket kan. hahah. InsyaAllah. kita merancang, tuhan yang izinkan.
suda bekerja mesti la punya angan-angan kan. rasenye angan-angan ni pon xbape mencabar sangat. boleh ag untuk digapai. moga2 murah rezeki. At least, tiap kali pegi kerja tu semangat la sket kan. hahah. InsyaAllah. kita merancang, tuhan yang izinkan.
Monday, September 17, 2012
36. susur keluar
mengapa susur keluar. kerana kehidupan sudah mula berubah. jika dahulu aku masih tercari2 kaki untuk berdiri sendiri. tapi kini aku sudah harus berdiri sendiri. mencari tapak mula untuk kehidupan berdikari. alam bekerja bermaksud yang diri aku sudah tidak perlu kebergantungan dengan siapa2 lagi. harus mula berbuat keputusan sendiri dan berhak mengambil risiko terhadap apa yang aku tentukan.
kenangan alam universiti indah. sangat indah. dan aku bersama orang yang indah. namun keindahan mana mungkin bertahan selamanya jika ingin maju. dan aku chaie safri, ingin maju. dan kini aku melangkah untuk satu tahap lebih tinggi. moga-moga. cheers!
kenangan alam universiti indah. sangat indah. dan aku bersama orang yang indah. namun keindahan mana mungkin bertahan selamanya jika ingin maju. dan aku chaie safri, ingin maju. dan kini aku melangkah untuk satu tahap lebih tinggi. moga-moga. cheers!
Wednesday, April 4, 2012
35. rumput kaca
mengapa kita tidak diberi daya ingatan tentang apa yang berlaku
sejak kita lahir.
***
kesal.
tak pasti.
Thursday, March 1, 2012
34. percaya.
satu mac.
norma
pada umur 23 tahun, pada era dua ribu dua belas. memiliki kekasih dan menjalinkan hubungan dengan kekasih sememangnya bukan perkara yang asing. menda ni macam satu trend bagi some people, atau juga sebagai suatu medium memanjakan diri selain ke spa juga bagi sesetengah orang atau mungkin ssetengah orang mempunyai niat yang ikhlas untuk membina empayar keturunan. berbilion manusia di dunia dan berbilion musabab yang hadir dalam diri.
manis
walau macam mana pun, aku tak lari dari hal sebegini. aku jugak punya punya hati. ianya bermula dari satu pertemuan yang indah. manis. setiap hari, hati rasa berdebar rasa ingin memiliki. mulut sentiasa ingin menyebut keindahan yang dilihat bukan dari mata tapi jiwa. setiap perbualan yang diselangi dengan hilai tawa tanda bahagia. masa yang 24jam itu, kini rasanya semakin cepat berlalu. bagaimana mahu melepaskan seseorang yang bila terpandang wajahnya, damai rasa hati. mahu setiap saat mesti ada disisi. sikap ingin berubah muncul, mahu jadi yang terbaik untuk sang kekasih.
radikal
perasaan ingin memiliki kini bertukar menjadi perasaan takut kehilangan.takut disakiti. takut menyakiti. takut kecewa dan mengecewa. kadang-kadang rasa nak secure diri kekasih daripada orang lain tu tinggi. rasa nak tahu apa yang sedang dibuat. dengan siapa keluar, sihat ke tidak. juga rasa mahu merindu setiap masa. tapi nak overcome senang aje, berjumpa lah. asal ada peluang, jumpa lah. lepaskan rasa itu. luangkan masa bersama. tidak cukup itu, bergayut sampai pagi. bahagia.
tak kena
makin lama bersama, rasa manisnya semakin kurang. sedikit tawar. bagai ada yang tak kena. kerap aku duduk diam. kerap ingin menyendiri. aku cari mengapa begini. hingga suatu hari, pertemuan dengan seorang rakan telah ubah perspektif aku aku mengenai sesuatu. aku terima dengan hati terbuka. aku doakan ia terbaik.
*****
rakan, kita kerap kali leka dalam menyemai dan menyuburkan rasa kasih sesama kita. niat kita yang baik itu telah menghalalkan semua perkara yang sebenarnya menjauhkan diri kita dengan Dia. mengapa kita percaya Allah mengatur pertemuan antara kita, tapi kita tak yakin yang urusan jodoh dan perpisahan juga datang dari Dia. memang kita kata kita yakin, tetapi, jika yakin mengapa kita masih memupuk rasa kasih yang tidak pasti ini. adakalanya, kita tidak sedar. mungkin itu muslihat musuh kita, tapi bila da tersedar, kita tipu diri, mahu salahkan siapa. cinta manusia itu suatu yang kompleks. tetapi andai ikhlas dan jujur, terlerai segalanya. insyaAllah. aku doakan yang terbaik untuk kita.
Monday, February 27, 2012
33. mengapa perlu memilih
mood: segar lepas mandi.
lokasi: e307
minum: tiada
dengar: tiada
kuat betul rakyat malaysia berpolitik. sana sini bersepah manusia bercerita, memuji, memaki, tidak kurang yang bercakap mengikut sedap mulut mengenai apa yang mereka rasa betul. aku jugak ada pendapat sendiri untuk diutarakan. semoga kamu semua tahu apa yang aku lihat bagi memilih siapa untuk memerintah negara malaysia.
first of all,
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
ahh.. malas aku nak cerita panjang. cerita panjang2 bukan best pon. politik malaysia sekarang kotor. yang pasti aku mahu memilih nanti. apa dan kenapa aku memilih, sebab aku ada otak. hanya orang ada otak tahu memilih. setel.
lokasi: e307
minum: tiada
dengar: tiada
kuat betul rakyat malaysia berpolitik. sana sini bersepah manusia bercerita, memuji, memaki, tidak kurang yang bercakap mengikut sedap mulut mengenai apa yang mereka rasa betul. aku jugak ada pendapat sendiri untuk diutarakan. semoga kamu semua tahu apa yang aku lihat bagi memilih siapa untuk memerintah negara malaysia.
first of all,
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
ahh.. malas aku nak cerita panjang. cerita panjang2 bukan best pon. politik malaysia sekarang kotor. yang pasti aku mahu memilih nanti. apa dan kenapa aku memilih, sebab aku ada otak. hanya orang ada otak tahu memilih. setel.
Saturday, February 18, 2012
32. 23
mood: mengantuk
lokasi: atas kerusi oren
minum: air kosong
dengar:tiada
suda dua puluh tiga. alhamdulillah masih diberi nikmat hidup selama 23 tahun ini. banyak yang telah ditempuhi. banyak yang masih belum dicapai. terima kasih kepada mak abah, akak abang adik, sahabat, buah hati, guru, rakan, musuh dan sesiapa yang secara langsung dan tidak langsung menjadikan diri aku setiap hari lebih dari apa yang aku jadi di hari sebelumnya. aku doakan kamu semua bahagia. doakan aku juga bahagia. dunia dan di hari muka.
Thursday, February 16, 2012
31. mahu salahkan siapa?
mood: letih
lokasi: bilik
minum: coke
dengar: azan
aku mahukan negara sejahtera. aku tidak perlukan bangunan pencakar langit. aku tidak mahukan pusat membeli belah mega atau tera. aku cintakan keamanan. aku perlukan kesejahteraan. aku bukan seorang insan batak yang hanya mengejar penciptaan bangunan dan kemegahan negara tetapi hakikatnya hidup dalam kelompok manusia yang takut dengan kesengsaraan akibat gagal mengecapi kekayaan. tiap kali keluar di berita ada saja jenayah bunuh. aku tidak malu menunduk jika negara dijajah penjajah asing, tapi aku menunduk malu dijajah penjenayah dari kalangan aku sendiri. mahu salahkan siapa?
lokasi: bilik
minum: coke
dengar: azan
aku mahukan negara sejahtera. aku tidak perlukan bangunan pencakar langit. aku tidak mahukan pusat membeli belah mega atau tera. aku cintakan keamanan. aku perlukan kesejahteraan. aku bukan seorang insan batak yang hanya mengejar penciptaan bangunan dan kemegahan negara tetapi hakikatnya hidup dalam kelompok manusia yang takut dengan kesengsaraan akibat gagal mengecapi kekayaan. tiap kali keluar di berita ada saja jenayah bunuh. aku tidak malu menunduk jika negara dijajah penjajah asing, tapi aku menunduk malu dijajah penjenayah dari kalangan aku sendiri. mahu salahkan siapa?
Friday, February 10, 2012
30. Bengawan Solo
setelah selesai urusan claim insurans, aku nekad mahu pulang ke ipoh. kali ni melalui pengangkutan awam. so, aku suh mawi hantar ke stesen lrt titiwangsa. lama sudah meninggalkan lrt, aku xtau pon lrt da pakai token. haih. aku pelik kenapa aku tak pakai monorel... kaki ni melangkah laju ke lrt terus ke kaunter. tanpa berfikir panjang, terus meminta token ke kl sentral. sampai ke laluan menuju ke lrt. aku pening sebab takde tulis kl sentral. alahai.. noob sangat rasanya. aku sempat bertanya kepada seseorang yg lain. alhamdulillah, ada gunanya. malu bertanya sesat jalan.
sampai di kl sentral, aku terus menuju ke kaunter KTM antrabandar. sambil berjalan, mata meliar ke kiri dan ke kanan. aku tertarik dengan kelibat seorang tua bermain biola. err.. bole ke main muzik disini? dia juga melihat aku, dan tersenyum. mungkin mengharapkan aku menghulur seberapa. aku xboleh lambat, tiket ke ipoh harus aku dahulukan. sekarang pukol 1300. tren ke ipoh pukol 1400. aku masih terbayang pak cik tadi. aku segera melangkah ke arahnya. aku nekad mahu menyapanya.
mendekatinya, lalu aku meletakkan not RM1 ke dalam sarung biola yang terhidang dihadapan. terima kasih katanya. aku menyapa bahunya, uncle, boleh saya ambil gambar uncle. tua yang berwajah cina itu tersenyum lebar menjawab, boleh, boleh.. aku senyum juga. sebelum itu, dia menanyakan lagu apa yg aku mahu dia mainkan. sambil menyelongkar kamera dalam beg aku menjawab, lagu melayu la uncle. uncle mula bermain lagu bengawan solo. akupun tidak tahu lagu tu. seketika itu, aku mengambil gambarnya. manusia yang lalu lalang hanya tersenyum.
sesudah aku mengambil gambarnya. kami berborak seketika, dia bertanya namaku. aku bertanya namanya. panggil sahaja uncle yap ah loi. aku ketawa kecik. sambil kami bergelak ketawa adalah sikit cerita yang kami kongsikan bersama. uncle yap berasal dari alor gajah, melaka. berketurunan baba. mula bermain biola semasa muda. seronok melihat teman bermain, beliau mula belaja sedikit. tetapi, semakin gila bermain sehingga lupa siang atau malam, biola itu wajib berada ditangan. sehingga lebih hebat dari rakannya. uncle yap menghulurkan biolanya kepadaku untuk dicuba, tapi aku menolak. maklum lah, itu sebahagian dari mata pencarian si tua itu. andai rosak, mampus aku.
sebelum beredar aku bersalaman dengannya. dia bertanya semula namaku. aku menjawab, safri.. dengan nada sindiran, dia berkata, safri eloklah, jangan saiful.. you tahukan.. haha.. aku menggangguk dan berbalas ketawa. politik. aku meninggalkan uncle yap dengan biolanya. masih kedengaran gersik alunan biolanya walau aku berada di tingkat atas. tidaklah sesedap mana, tapi masih menambah seri suasana sibuk di kl sentral.
p/s: oh ye, lagu bengawan solo sebenarnye lagu lama dari indonesia. lebih lanjut tengok kat cni bengawan solo. so now, u know what the bengawan solo is. haha
29. homeless, are they hopeless?
tut tut.. mesej masuk dalam inbox henpon cabuk aku. bunyi pun sume orang kenal. datang dari lokman. dia menanyakan jadi ke tak aku mahu turut serta malam ini. memberi makanan kepada mereka yang hidup bergelandangan. aku jawab oke. tapi dalam hati seakan banyak pula alasannya. maklum lah, xpernah buat. tapi, malam nya aku nekad. aku pergi.
sesampai di perkarangan masjid jamek KL, lokman memberitahu dia lambat sampai. aku keseorangan. bagaimana nak mendekati sekumpulan manusia yang sedang sibuk menyediakan makanan. ahh.. aku menyapa seorang. bagitahu hasrat dan aku senyum. mereka menyambut baik tetapi sedikit sibuk, aku faham. aku terus meletakkan topi keledar dan membantu. terasa kekok gila. tapi biasa la, first timer. tapi ada jugak sahabat yang membantu menerangkan keadaan sekitar. aku teruskan bertanya.
disuatu sudut, terlihat seorang wanita tua warga asing. eropah. duduk dibangku kecil bersebelahan beg besar mengandungi ubat-ubatan. beliau seorang nurse. sukarela, mesra memeriksa rakyat gelandangan yang mempunyai masalah kesihatan. beliau merupakan warga finland. menetap di malaysia lama mungkin kerana suda tahu berbahasa malaysia. ubat yang diberikan adalah percuma. murni sungguh hasrat seorang wanita tua ini. di suatu sudut lagi, beberapa orang menyediakan makanan. nasi goreng ikan masin beserta timun dan air milo. sesuatu yang pasti adalah mereka memasak dengan penuh kasih sayang umpama menyediakan makanan untuk di makan anak sendiri.
sambil menunggu makanan disediakan, ramai juga insan gelandangan yang kian membanjiri lokasi tersebut. yang muslim, mereka di ajak untuk sama-sama berzikir memuji Illahi, yang maha mencipta dan maha mengetahui isi hati hambanya. selesai berzikir, semuanya di hidangkan dengan sebuah cerita p.ramlee. madu 3. sungguh magis filem lama ini. mampu menimbukan hilai tawa manusia tidak kira kaum. melayu, india, cina malah warga asing sekali pun.
sebagai orang yang baru mengikuti program ni, aku diminta untuk merasai sendiri pengalaman memberikan bungkusan makanan buat bekalan kepada rakyat gelandangan ini. masih tidak terasa, apa yang hendak dirasa. mungkin usaha aku tidaklah seberapa. setelah itu, pihak pemganjur mengedarkan pakaian-pakaian lama. berebut memilih. ada yang tidak mahu memilih. tidak tahu mengapa. selesai segalanya, aku pulang ke kolej. dengan sedikit kepuasan- merasai dan mencuba pengalaman baru.
suatu ketika nanti aku akan kembali, kali ini mungkin ingin merasai perasaan sebagai seorang yang hidup merempat tanpa tempat tinggal-gelendangan. salam~
Wednesday, February 1, 2012
28. lima ratus empat puluh dua
mood: kelam. masih xmandi.
lokasi: hadapan laptop, di atas kerusi
minum: air jernih
dengar: bilah-bilah kipas
Susah rasanya untuk berbicara tentang buah hati seorang ini. tidak penting pun untuk orang lain tahu. cukup lah apa aku dan dia rasa. tetapi, apalah salahnya aku buatkan satu post khas untuk dia. biar dia tahu aku menghargainya juga. mungkin banyak cerita yang tiada nama untuknya. mungkin selalu ditinggalkan tanpa berita.
terima kasih kerana sabar dan memahami diri kecil ini. selalu memendam dan menyimpan rasa yang pelbagai itu. ini hari-hari kita, lima ratus empat puluh dua hari untuk hati kecil kita. penuh rasa, penuh warna.
lokasi: hadapan laptop, di atas kerusi
minum: air jernih
dengar: bilah-bilah kipas
Susah rasanya untuk berbicara tentang buah hati seorang ini. tidak penting pun untuk orang lain tahu. cukup lah apa aku dan dia rasa. tetapi, apalah salahnya aku buatkan satu post khas untuk dia. biar dia tahu aku menghargainya juga. mungkin banyak cerita yang tiada nama untuknya. mungkin selalu ditinggalkan tanpa berita.
terima kasih kerana sabar dan memahami diri kecil ini. selalu memendam dan menyimpan rasa yang pelbagai itu. ini hari-hari kita, lima ratus empat puluh dua hari untuk hati kecil kita. penuh rasa, penuh warna.
Monday, January 30, 2012
27. Zaman Kanak- kanak yang lepas
lokasi: Kolej Tun Syed Nasir UKM
mood: kenyang.
dengar: terukir di bintang by yuna
salam sejahtera. beberapa hari ini melawat Ana di hospital. semoga beliau cepat sembuh. ada sekali keluarga terdekat ana datang melawat. yang menarik perhatian aku, pasal seorang budak kecik yang datang sekali. anak saudara mungkin. ikmal namanya. melihat gelagat kanak-kanak ini membuat aku terkenang zaman kanak-kanak yang berlalu. zaman kanak-kanak yang tanpa perlu memikirkan apa-apa. tidak perlu memikirkan masalah orang lain, hati orang lain dan cita-cita orang lain. apa yang ada hanyalah imaginasi dan khayalan nakal yang jauh menjangkaui rasional minda manusia. aku rindu zaman itu.
"yg paling jauh dari kita bukanlah bulan atau bintang, tetapi masa yang telah berlalu"
Sunday, January 29, 2012
26. yang terakhir mungkin.
lokasi: bilik yang masih tidak kemas
mood: mahu bercerita
dengar: berita kepada kawan by akhil hayy
minum: xminum apa2
seperti yang diceritakan sebelum ni, aku melangkah ke negeri kelantan untuk menawan puncak-puncak di sana. trip selama hampir 5 hari kali ini mungkin trip secara rasmi yang terakhir untuk selama 4 tahun di UKM dan Aquila. tapi sapa tahu kan. penjelajahan tidak akan pernah tamat. berbalik kepada trip ke gunung stong, ayam dan gunung baha. pada mulanya, agak nervous dan tertekan. mungkin kerana da lama tak mengikut trip yang lama dan jauh. dan tekanan daripada tugasan-tugasan sebagai seorang pelajar jugak.
dan untuk ahli aquila yang baru, mereka nampak teruja. haha.. ya, aku juga teruja. perjalanan dari kuala lumpur mengambil masa hampir 7 jam. sesampai di negeri kelantan, masing-masing mencuba untuk berbahasa dialek kelantan. ada yang mengekek ketawa. ada yang tidak faham apa yang dibicarakan. sarapan pagi kami terhidang di stesen keretapi dabong kelantan. ada yang makan nasi lemak dan ada yang mencuba nasi kerabu. selesai bersarapan, kami panaskan badan dengan menjelajah 3 buah gua dahulu. gua batu susun, gua keris dan gua pagar. pengalaman baru juga ini. terima kasih kepada pemandu arah kami Abe Ja dan Abe Li serta kawan-kawan dari BCA.
setelah teruja menikmati keindahan gua, kami bertolak ke kaki gunung stong. kali ni, Ana teresak-esak menangis. rupanya kaki ana sakit. terutama selepas bergelumang dengan air di gua. ana nampak macam tidak boleh tahan lagi. kami bagi semangat kat ana. kami tak mahu meninggalkan sesiapa di bawah. ini janji kami. ana kuatkan diri. kami bantu seadanya. sampai ke puncak air terjun, di kem baha pada pukul 6 petang. sangat indah air terjun di stong ini. tidak dapat digambar dengan kata-kata. kami merenung ciptaan tuhan untuk seketika. memujiNya. sampai di kem baha kami bukak tapak untuk bermalam. makan dan masih terfikir apakan yang akan ditempuhi esok. ada 2 puncak untuk di tawan. ana tidak dapat ikut. kaki ana kelihatan semakin teruk. tidak apa lah, biarlah memungkiri janji asalkan tidak memudarat diri. tidak apa ana, ingat, penjelajahan tidak akan pernah tamat.
bangun pagi awal. seawal pukol 6.30. selesai solat, kami melihat terbit matahari. dengan awan terbentang bagai permaidani menutupi segenap daratan bumi. terkedu. ramai yang bertenggek melihat keindahan alam tuhan. sedang ada manusia yang berbalah sesama sendiri dan mengaut keuntungan dunia, kami bersama-sama duduk dan menatap rias indah tuhan. kemudian kami bingkas bangun menghadap cabaran seterusnya. tiada apa yang mahu diceritakan semasa perjalanan ke atas. hanya keindahan flora dan fauna.
yang kami pula, ada yang terjatuh, ada yang terjelepuk, ada yang terkentut, ada yang sudah tidak mampu menggalas beg, ada yang tidak mahu berhenti mengomel, ada yang tersenyum. semuanya ada. pelbagai perisa muka terserlah. tidak mampu tersembunyi disebalik kepenatan.
terima kasih kepada semua yang terlibat. sebuah trip yang menarik untuk diingati. buat rakan-rakan yang tidak ikut, ini berita untuk kamu, sebuah ceritera yang aku karangkan tanda kasih.
Saturday, January 21, 2012
25. ke kelantan untuk sekian kalinya.
lokasi: kolej
mood: pening-pening sikit
dengar: tiada
minum: tiada
bersarang suda blog ni. ntah maseh ada pembaca atau tidak tak tahu lah. tak apa la, yang pasti blog ni masih lagi bernyawa. pengembaraan chaie akan diteruskan lagi selepas ini. Nak kemana? akan menempuh sebuah lagi pengembaraan hebat kali ni ke negeri cik siti wan kembang, kelantan.. bersama rakan-rakan menawan puncak stong, baha dan ayam. walau terpaksa berpisah dengan kota metropolitan dan yang tersayang, dan maseh mencari sebuah erti kehidupan. mari, kita melangkah untuk mencari impian.
detail:
berkumpulan seramai 30 orang.
dari 21-25 januari 2012
pelajar dari UKM, UNITEN, UM
mood: pening-pening sikit
dengar: tiada
minum: tiada
bersarang suda blog ni. ntah maseh ada pembaca atau tidak tak tahu lah. tak apa la, yang pasti blog ni masih lagi bernyawa. pengembaraan chaie akan diteruskan lagi selepas ini. Nak kemana? akan menempuh sebuah lagi pengembaraan hebat kali ni ke negeri cik siti wan kembang, kelantan.. bersama rakan-rakan menawan puncak stong, baha dan ayam. walau terpaksa berpisah dengan kota metropolitan dan yang tersayang, dan maseh mencari sebuah erti kehidupan. mari, kita melangkah untuk mencari impian.
detail:
berkumpulan seramai 30 orang.
dari 21-25 januari 2012
pelajar dari UKM, UNITEN, UM
Subscribe to:
Posts (Atom)