Monday, January 30, 2012

27. Zaman Kanak- kanak yang lepas


lokasi: Kolej Tun Syed Nasir UKM
mood: kenyang.
dengar: terukir di bintang by yuna

salam sejahtera. beberapa hari ini melawat Ana di hospital. semoga beliau cepat sembuh. ada sekali keluarga terdekat ana datang melawat. yang menarik perhatian aku, pasal seorang budak kecik yang datang sekali. anak saudara mungkin. ikmal namanya. melihat gelagat kanak-kanak ini membuat aku terkenang zaman kanak-kanak yang berlalu. zaman kanak-kanak yang tanpa perlu memikirkan apa-apa. tidak perlu memikirkan masalah orang lain, hati orang lain dan cita-cita orang lain. apa yang ada hanyalah imaginasi dan khayalan nakal yang jauh menjangkaui rasional minda manusia. aku rindu zaman itu.

"yg paling jauh dari kita bukanlah bulan atau bintang, tetapi masa yang telah berlalu"

Sunday, January 29, 2012

26. yang terakhir mungkin.


 
lokasi: bilik yang masih tidak kemas
mood: mahu bercerita
dengar: berita kepada kawan by akhil hayy
minum: xminum apa2

seperti yang diceritakan sebelum ni, aku melangkah ke negeri kelantan untuk menawan puncak-puncak di sana. trip selama hampir 5 hari kali ini mungkin trip secara rasmi yang terakhir untuk selama 4 tahun di UKM dan Aquila. tapi sapa tahu kan. penjelajahan tidak akan pernah tamat. berbalik kepada trip ke gunung stong, ayam dan gunung baha. pada mulanya, agak nervous dan tertekan. mungkin kerana da lama tak mengikut trip yang lama dan jauh. dan tekanan daripada tugasan-tugasan sebagai seorang pelajar jugak. 

dan untuk ahli aquila yang baru, mereka nampak teruja. haha.. ya, aku juga teruja. perjalanan dari kuala lumpur mengambil masa hampir 7 jam. sesampai di negeri kelantan, masing-masing mencuba untuk berbahasa dialek kelantan. ada yang mengekek ketawa. ada yang tidak faham apa yang dibicarakan. sarapan pagi kami terhidang di stesen keretapi dabong kelantan. ada yang makan nasi lemak dan ada yang mencuba nasi kerabu. selesai bersarapan, kami panaskan badan dengan menjelajah 3 buah gua dahulu. gua batu susun, gua keris dan gua pagar. pengalaman baru juga ini. terima kasih kepada pemandu arah kami Abe Ja dan Abe Li serta kawan-kawan dari BCA. 

setelah teruja menikmati keindahan gua, kami bertolak ke kaki gunung stong. kali ni, Ana teresak-esak menangis. rupanya kaki ana sakit. terutama selepas bergelumang dengan air di gua. ana nampak macam tidak boleh tahan lagi. kami bagi semangat kat ana. kami tak mahu meninggalkan sesiapa di bawah. ini janji kami. ana kuatkan diri. kami bantu seadanya. sampai ke puncak air terjun, di kem baha pada pukul 6 petang. sangat indah air terjun di stong ini. tidak dapat digambar dengan kata-kata. kami merenung ciptaan tuhan untuk seketika. memujiNya. sampai di kem baha kami bukak tapak untuk bermalam. makan dan masih terfikir apakan yang akan ditempuhi esok. ada 2 puncak untuk di tawan. ana tidak dapat ikut. kaki ana kelihatan semakin teruk. tidak apa lah, biarlah memungkiri janji asalkan tidak memudarat diri. tidak apa ana, ingat, penjelajahan tidak akan pernah tamat.

                                 
bangun pagi awal. seawal pukol 6.30. selesai solat, kami melihat terbit matahari. dengan awan terbentang bagai permaidani menutupi segenap daratan bumi. terkedu. ramai yang bertenggek melihat keindahan alam tuhan. sedang ada manusia yang berbalah sesama sendiri dan mengaut keuntungan dunia, kami bersama-sama duduk dan menatap rias indah tuhan. kemudian kami bingkas bangun menghadap cabaran seterusnya. tiada apa yang mahu diceritakan semasa perjalanan ke atas. hanya keindahan flora dan fauna. 
yang kami pula, ada yang terjatuh, ada yang terjelepuk, ada yang terkentut, ada yang sudah tidak mampu menggalas beg, ada yang tidak mahu berhenti mengomel, ada yang tersenyum. semuanya ada. pelbagai perisa muka terserlah. tidak mampu tersembunyi disebalik kepenatan. 

terima kasih kepada semua yang terlibat. sebuah trip yang menarik untuk diingati. buat rakan-rakan yang tidak ikut, ini berita untuk kamu, sebuah ceritera yang aku karangkan tanda kasih. 

Saturday, January 21, 2012

25. ke kelantan untuk sekian kalinya.

lokasi: kolej
mood: pening-pening sikit
dengar: tiada
minum: tiada

bersarang suda blog ni. ntah maseh ada pembaca atau tidak tak tahu lah. tak apa la, yang pasti blog ni masih lagi bernyawa. pengembaraan chaie akan diteruskan lagi selepas ini. Nak kemana? akan menempuh sebuah lagi pengembaraan hebat kali ni ke negeri cik siti wan kembang, kelantan.. bersama rakan-rakan menawan puncak stong, baha dan ayam. walau terpaksa berpisah dengan kota metropolitan dan yang tersayang, dan maseh mencari sebuah erti kehidupan. mari, kita melangkah untuk mencari impian.

detail:
berkumpulan seramai 30 orang.
dari 21-25 januari 2012
pelajar dari UKM, UNITEN, UM