Monday, October 29, 2012

40. Jiwa sapinong

muara kejauhan tiada hingarnya,
tenang air bagai setenang jiwa,
lantak dunia menyerong pandangan,
biar bukan tempatnya dijiwa insan merdeka,
tetapi seribu makna bagi yang memahami

seribu cerita mahu diluah,
kisah cinta, cekal, kecewa dan lelah,
dalam selingan jiwa rapuh,
sesah gurauan kata, ketawa disambut.

nah, setenang nama sungai begitu nama kampung,
sepinong dijejak dengan jiwa kosong,
ditinggalkan oleh pengembaraan mencari erti sesuatu,
erti sebuah kehidupan,
kecekalan tubuh yang sama tetapi cara hidup yang berbeza.


chaie.safri
18.7.2012
7.15 a.m
Jeti Kg. Sapinong

Monday, October 15, 2012

39. manusia todi.




Syahdu kian bingung. Beban dibahunya nyata kaha berat. Dia buntu. Isterinya sedang sakit , tenat barangkali.  Dia pula diperantauan mencari rezeki dan hidupnya bukan mudah, kerjanya bukan ringan. Pendapatannya selama ini habis bukan dijoli, tetapi untuk insan tersayang di tanah air sendiri. Hidupnya diperantauan cuma sehelai sepinggang. Makan paginya hanya berkais, petang juga.
Dilema. Syahdu dilema. Manakan tidak, ikatan perjanjiannya  harus dilanggar demi melihat keadaan isteri. Ini bermakna dia akan berhutang dengan agensi yang membawanya mencari rezeki. Namun, kasih sayang syahdu terhadap isteri menyaingi segalanya, syahdu tekad. berkeras mahu pulang. Dan esok dia akan pulang, biar tanpa hasil, tetapi berbekal kasih. Biar berhutang, biar beban semakin berat menggalas.
Malam itu, syahdu baring bersendirian, nafasnya seolah-olah tersekat bagai ada batu berat menghempap dada. Matanya kekadang dibuka, setelah lama kembali ditutup. Syahdu tidak mampu berfikir apa-apa. Terlalu banyak yang bermain diminda lelaki Nepal ini. Syahdu asyik melihat sang kelakatu terbang mengurungi lampu kalimantang. Tidak sedikit pun terganggu walaupun ada yang hinggap di atas lengan yang terletak kemas di atas dahinya. 
Syahdu tersenyum. Lagak kelekatu mengusik hatinya. Bebas sungguh kelakatu ini. Terbang gembira tanpa masalah. Tiada runsing. Tiada pening. Tidak adil dunia ini. Mengapa tidak saja aku menjadi kelakatu, bisik hatinya. 
Syahdu minum sepuas-puasnya. Todi yang dibeli dikedai cina tadi ditonggangnya. syahdu mahu menjadi seperti kelakatu td. Tanpa masalah, terbang mengikut rentak angin. Tiada siapa yang menghalangnya. Syahdu kini bebas. Bebas dengan khayalannya.


*****

Sayuti melihat diluar rumahnya. Guruh sudah kedengaran. Ia bagaikan semboyan bagi sayuti dan rakan-rakan yang lain. Mereka harus keluar. Mencari tempat yang lebih selamat. Guruh memberikan petanda tidak baik bagi golongan-golongan seperti sayuti.
Tidak jauh dihadapan sayuti ternampak rumah yang bercahaya. Tidak terang tetapi cukup untuk dilihat dari jauh. Rakan-rakan sayuti sudah ramai berteduh di rumah itu. Sayuti hanya mengikut. Mengikut arus perubahan yang sedia ada. Sayuti sudah dewasa, tetapi pelik dengan sikap naluri hidupnya. Seperti tidak punya pendirian. Hanya tertarik kepada cahaya di kala malam yang diselangi guruh menandakan hujan. Sayuti tidak pernah bertanyakan erti hidupnya. Dia mahu bertanya tetapi siapa yang mahu menjawabnya. Seperti rakan-rakan yang lain sayuti menghampiri sumber cahaya itu. Mengelilinginya. Keliru dan tertekan. 

Sayuti melihat kebawah. Dilihat kelibat seorang manusia tersenyum. Entah mengapa. Sayuti tidak mengerti. Cuma, Nampak di dalam senyuman itu suatu kebahagiaan. Aku ingin senyum seperti itu, bentak hati kecilnya. Sayuti terus mengibas sayapnya, menunggu esok yang mana pasti sayuti sudah tiada bernyawa lagi. 
*****
Syahdu terjaga, ditepuk rakannya mengajak pergi kerja. Mata syahdu berat. Pipinya lebam. Mahu syahdu menangis sahaja. Dia tersedar, manakan sama manusia dan kelakatu.

Sunday, October 14, 2012

38. botol dan si tua



masa: malam
mood: menulis
minum: coke
cuaca: hujan

botol tunduk terdiam. dalam kerunsingan dia masih boleh berfikir. botol sedar dia bukan seorang cendiakawan yang boleh mengagak masa depan. botol kesal, selama mempertahankan suara hati dalam niat untuk memulihkan segala. kini, apa yang botol lihat adalah jauh terbalik dari apa yang diagaknya.

botol hanya mahu melihat orang kesayangannya bahagia. kadang-kadang botol mahu menjadi penyelamat keadaan. sepertimana si lelaki lelabah menyelamatkan mary jane, kerana kasih sayang yang botol terima sangat berharga. botol bukan seorang pandai menghargai  tetapi bila botol menghargai, tandanya botol benar-benar mengambil berat.

tetapi kini jiwa botol menjadi lesu. kekadang rasa pahit itu menyelar diperrmukaan hati. botol bukan lagi mahu menjadi sebuah penyelamat. botol mahu menjadi seorang biasa. botol bisa melihat kehancuran didepan mata. botol bisa menyeluk saku sendiri bila kemusnahan bermain di depan mata.

botol kecewa. hampa.

****desingan cengkerik****


si tiga tidak pernah bermain tetapi menjadi buah dalam suatu permainan dalam ciptaan angkuhnya. si tua melihat tiga. tua yang tidak mampu berdiri tetapi masih tidak mengalah. manakan tidak, sebiji pisang milik si tua berada dalam genggaman  tiga.

salahkah si tua kerana pernah memberi peluang kepada tiga kerana untuk menjaga pisangnya. kerna sudah masa tua melepaskan pisang kesayangannya. dengan harapan bagaimana cantik pisang itu dijaganya begitu juga halnya apabila berada di tangan tiga.

dimana pula janji yang dikepilkan bersama semasa menyerahkan pisang ke tangan tiga. ah, si tua menepuk dahi, kesal yang tiada inti, mengapa tidak diturutkan kata hati. berlalu si tua dengan tiada harapan lagi, tetapi masih berdingkit perlahan agar langkah tidaklah besar, jarak tidaklah jauh. nyata, tua juga manusia, tidak mungkin menjangka masa depan.

****

mereka tidak akan pernah mengerti.