Gampang. Lewat. Berdesup aku mandi.
Pakai baju dan kuar dari rumah. Hari ni naik tren. Kereta mounting
enjin da rosak. Bodoh betul apek bengkel ni lah. Kau repair menda
lain, menda lain rosak. Ah, pegi mati dlu pasal kereta tu, aku kena
dapatkan tren. Tedekat. Stesen ktm sungai buloh. Harus gegas. Kena
gegas. Jem pulak dekat fly over ke ktm sungai buloh ni. Tak apa lah,
semua mahu ke tempat kerja. Aku paham. Jam da tunjuk pukol 7.30 pagi.
Da sampai. Cari parking. Eh, sejak bila parking kereta di stesen
sungai buloh ni 150m ke dalam. Oh, gampang lagi.. aku nak cepat ni.
Naseb ada shuttle yang ambil. Ada tulis MRT kat shuttle tu. Oh, ni
projek deme la kot. Pedulikan. Jam tunjuk 7.45 pg. Masuk shuttle dan
gerak. Ehh.. ramai pulak nak naik shuttle ni. Bodoh betul la, cepat
la skit kalau nak naik pun. Sampai di stesen, terus ke kaunter. Beli
tiket. Tunggu tren. Duduk. Bangun. Duduk. Bangun. Gampang. Mana tren
nih? Jam da tunjuk 8.00 pagi. 8.02 baru tren sampai. Okeh, sempat
kot. Druu.druu..druuu.. (bunyi tren) gampang gampang, tren ni lembab
cam sloth. Dalam hati da menyumpah driver. satu part hati yg lain pulak, mintak tuhan
tolong bantu. Bantu lah lajukan tren ni ke, hentikan masa ke, bagi
aku kuasa berjalan laju ke.. em.. Tuhan tak tolong.
Druu.druu..druu.. em berhimpit dalam tren. Dorang sume ni masuk keje
kol 8.30 jugak ke? Ke semua ni bakal lewat cam aku? Aku usya sorang
dak cina tido time berdiri. Rasa nak terajang je tengok muka dia. Nak
tido baring boleh tak. Tengok jam, da 8.25 pagi. em.. da kompem
lewat. Okeh, kena tukar tren lak. Lrt ke kerinchi. Beratur ramai
gampang sebab hanya nak passing tiket tu kat pegawai ktm. Gampang
kan? LRT xsesak. Oke lah. Xlama pun. Lagi pun memang da lewat. Secara
gampangnya. Aku lewat hari ini.
Masa berjalan pergi ke opis dari stesen
LRT aku mula da keluar apa alasan nak bagi dekat bos nanti. Macam
macam. Rasa nak cerita balik A-Z apasal aku lewat. Boleh tak tuan
dengar? Boleh lah. Boleh lah.. saya ceritakan kesemuanya ye..
gampang. Tak puas hati dengan semua
menda. Tak puas hati dengan menda yang tak boleh kau ubah. Kau dengan
pemikiran orang lemah sama aje. Cerita dia apesal kau bangun lewat?
Kalau kau awal, kau akan sampai awal. Orang yang suka bagi alasan ni
orang yang lemah. Gampang. Aku kena hadapi sebagai seorang lelaki.
Aku kena admit salah aku. Aku tak gerak awal tu sebab aku sampai
lewat. Full stop. Gampang.