Friday, February 10, 2012

29. homeless, are they hopeless?


tut tut.. mesej masuk dalam inbox henpon cabuk aku. bunyi pun sume orang kenal. datang dari lokman. dia menanyakan jadi ke tak aku mahu turut serta malam ini. memberi makanan kepada mereka yang hidup bergelandangan. aku jawab oke. tapi dalam hati seakan banyak pula alasannya. maklum lah, xpernah buat. tapi, malam nya aku nekad. aku pergi.

sesampai di perkarangan masjid jamek KL, lokman memberitahu dia lambat sampai. aku keseorangan. bagaimana nak mendekati sekumpulan manusia yang sedang sibuk menyediakan makanan. ahh.. aku menyapa seorang. bagitahu hasrat dan aku senyum. mereka menyambut baik tetapi sedikit sibuk, aku faham. aku terus meletakkan topi keledar dan membantu. terasa kekok gila. tapi biasa la, first timer. tapi ada jugak sahabat yang membantu menerangkan keadaan sekitar. aku teruskan bertanya.

disuatu sudut, terlihat seorang wanita tua warga asing. eropah. duduk dibangku kecil bersebelahan beg besar mengandungi ubat-ubatan. beliau seorang nurse. sukarela, mesra memeriksa rakyat gelandangan yang mempunyai masalah kesihatan. beliau merupakan warga finland. menetap di malaysia lama mungkin kerana suda tahu berbahasa malaysia. ubat yang diberikan adalah percuma. murni sungguh hasrat seorang wanita tua ini. di suatu sudut lagi, beberapa orang menyediakan makanan. nasi goreng ikan masin beserta timun dan air milo. sesuatu yang pasti adalah mereka memasak dengan penuh kasih sayang umpama menyediakan makanan untuk di makan anak sendiri.

sambil menunggu makanan disediakan, ramai juga insan gelandangan yang kian membanjiri lokasi tersebut. yang muslim, mereka di ajak untuk sama-sama berzikir memuji Illahi, yang maha mencipta dan maha mengetahui isi hati hambanya. selesai berzikir, semuanya di hidangkan dengan sebuah cerita p.ramlee. madu 3. sungguh magis filem lama ini. mampu menimbukan hilai tawa manusia tidak kira kaum. melayu, india, cina malah warga asing sekali pun.

sebagai orang yang baru mengikuti program ni, aku diminta untuk merasai sendiri pengalaman memberikan bungkusan makanan buat bekalan kepada rakyat gelandangan ini. masih tidak terasa, apa yang hendak dirasa. mungkin usaha aku tidaklah seberapa. setelah itu, pihak pemganjur mengedarkan pakaian-pakaian lama. berebut memilih. ada yang tidak mahu memilih. tidak tahu mengapa. selesai segalanya, aku pulang ke kolej. dengan sedikit kepuasan- merasai dan mencuba pengalaman baru.

suatu ketika nanti aku akan kembali, kali ini mungkin ingin merasai perasaan sebagai seorang yang hidup merempat tanpa tempat tinggal-gelendangan. salam~

No comments:

Post a Comment