Friday, February 10, 2012

30. Bengawan Solo



setelah selesai urusan claim insurans, aku nekad mahu pulang ke ipoh. kali ni melalui pengangkutan awam. so, aku suh mawi hantar ke stesen lrt titiwangsa. lama sudah meninggalkan lrt, aku xtau pon lrt da pakai token. haih. aku pelik kenapa aku tak pakai monorel... kaki ni melangkah laju ke lrt terus ke kaunter. tanpa berfikir panjang, terus meminta token ke kl sentral. sampai ke laluan menuju ke lrt. aku pening sebab takde tulis kl sentral. alahai.. noob sangat rasanya. aku sempat bertanya kepada seseorang yg lain. alhamdulillah, ada gunanya. malu bertanya sesat jalan.

sampai di kl sentral, aku terus menuju ke kaunter KTM antrabandar. sambil berjalan, mata meliar ke kiri dan ke kanan. aku tertarik dengan kelibat seorang tua bermain biola. err.. bole ke main muzik disini? dia juga melihat aku, dan tersenyum. mungkin mengharapkan aku menghulur seberapa. aku xboleh lambat, tiket ke ipoh harus aku dahulukan. sekarang pukol 1300. tren ke ipoh pukol 1400. aku masih terbayang pak cik tadi. aku segera melangkah ke arahnya. aku nekad mahu menyapanya.

mendekatinya, lalu aku meletakkan not RM1 ke dalam sarung biola yang terhidang dihadapan. terima kasih katanya. aku menyapa bahunya, uncle, boleh saya ambil gambar uncle. tua yang berwajah cina itu tersenyum lebar menjawab, boleh, boleh.. aku senyum juga. sebelum itu, dia menanyakan lagu apa yg aku mahu dia mainkan. sambil menyelongkar kamera dalam beg aku menjawab, lagu melayu la uncle. uncle mula bermain lagu bengawan solo. akupun tidak tahu lagu tu. seketika itu, aku mengambil gambarnya. manusia yang lalu lalang hanya tersenyum.

sesudah aku mengambil gambarnya. kami berborak seketika, dia bertanya namaku. aku bertanya namanya. panggil sahaja uncle yap ah loi. aku ketawa kecik. sambil kami bergelak ketawa adalah sikit cerita yang kami kongsikan bersama. uncle yap berasal dari alor gajah, melaka. berketurunan baba. mula bermain biola semasa muda. seronok melihat teman bermain, beliau mula belaja sedikit. tetapi, semakin gila bermain sehingga lupa siang atau malam, biola itu wajib berada ditangan. sehingga lebih hebat dari rakannya. uncle yap menghulurkan biolanya kepadaku untuk dicuba, tapi aku menolak. maklum lah, itu sebahagian dari mata pencarian si tua itu. andai rosak, mampus aku.

sebelum beredar aku bersalaman dengannya. dia bertanya semula namaku. aku menjawab, safri.. dengan nada sindiran, dia berkata, safri eloklah, jangan saiful.. you tahukan.. haha.. aku menggangguk dan berbalas ketawa. politik. aku meninggalkan uncle yap dengan biolanya. masih kedengaran gersik alunan biolanya walau aku berada di tingkat atas. tidaklah sesedap mana, tapi masih menambah seri suasana sibuk di kl sentral.

p/s: oh ye, lagu bengawan solo sebenarnye lagu lama dari indonesia. lebih lanjut tengok kat cni bengawan solo. so now, u know what the bengawan solo is. haha

6 comments: