Syahdu kian bingung. Beban dibahunya nyata kaha
berat. Dia buntu. Isterinya sedang sakit , tenat barangkali. Dia pula diperantauan mencari rezeki dan hidupnya
bukan mudah, kerjanya bukan ringan. Pendapatannya selama ini habis bukan dijoli,
tetapi untuk insan tersayang di tanah air sendiri. Hidupnya diperantauan cuma sehelai
sepinggang. Makan paginya hanya berkais, petang juga.
Dilema. Syahdu dilema. Manakan tidak, ikatan
perjanjiannya harus dilanggar demi
melihat keadaan isteri. Ini bermakna dia akan berhutang dengan agensi yang
membawanya mencari rezeki. Namun, kasih sayang syahdu terhadap isteri menyaingi
segalanya, syahdu tekad. berkeras mahu pulang. Dan esok dia akan pulang, biar
tanpa hasil, tetapi berbekal kasih. Biar berhutang, biar beban semakin berat menggalas.
Malam itu, syahdu baring bersendirian, nafasnya
seolah-olah tersekat bagai ada batu berat menghempap dada. Matanya kekadang
dibuka, setelah lama kembali ditutup. Syahdu tidak mampu berfikir apa-apa.
Terlalu banyak yang bermain diminda lelaki Nepal ini. Syahdu asyik melihat sang
kelakatu terbang mengurungi lampu kalimantang. Tidak sedikit pun terganggu
walaupun ada yang hinggap di atas lengan yang terletak kemas di atas dahinya.
Syahdu tersenyum. Lagak kelekatu mengusik
hatinya. Bebas sungguh kelakatu ini. Terbang gembira tanpa masalah. Tiada
runsing. Tiada pening. Tidak adil dunia ini. Mengapa tidak saja aku menjadi
kelakatu, bisik hatinya.
Syahdu minum sepuas-puasnya. Todi yang
dibeli dikedai cina tadi ditonggangnya. syahdu mahu menjadi seperti kelakatu
td. Tanpa masalah, terbang mengikut rentak angin. Tiada siapa yang
menghalangnya. Syahdu kini bebas. Bebas dengan khayalannya.
Sayuti melihat diluar rumahnya. Guruh sudah
kedengaran. Ia bagaikan semboyan bagi sayuti dan rakan-rakan yang lain. Mereka harus
keluar. Mencari tempat yang lebih selamat. Guruh memberikan petanda tidak baik
bagi golongan-golongan seperti sayuti.
Tidak jauh dihadapan sayuti ternampak rumah
yang bercahaya. Tidak terang tetapi cukup untuk dilihat dari jauh. Rakan-rakan
sayuti sudah ramai berteduh di rumah itu. Sayuti hanya mengikut. Mengikut arus
perubahan yang sedia ada. Sayuti sudah dewasa, tetapi pelik dengan sikap naluri
hidupnya. Seperti tidak punya pendirian. Hanya tertarik kepada cahaya di kala
malam yang diselangi guruh menandakan hujan. Sayuti tidak pernah bertanyakan
erti hidupnya. Dia mahu bertanya tetapi siapa yang mahu menjawabnya. Seperti rakan-rakan
yang lain sayuti menghampiri sumber cahaya itu. Mengelilinginya. Keliru dan
tertekan.
Sayuti melihat kebawah. Dilihat kelibat seorang manusia tersenyum. Entah mengapa. Sayuti tidak mengerti. Cuma, Nampak di dalam senyuman itu suatu kebahagiaan. Aku ingin senyum seperti itu, bentak hati kecilnya. Sayuti terus mengibas sayapnya, menunggu esok yang mana pasti sayuti sudah tiada bernyawa lagi.
Sayuti melihat kebawah. Dilihat kelibat seorang manusia tersenyum. Entah mengapa. Sayuti tidak mengerti. Cuma, Nampak di dalam senyuman itu suatu kebahagiaan. Aku ingin senyum seperti itu, bentak hati kecilnya. Sayuti terus mengibas sayapnya, menunggu esok yang mana pasti sayuti sudah tiada bernyawa lagi.
*****
Syahdu terjaga, ditepuk rakannya mengajak
pergi kerja. Mata syahdu berat. Pipinya lebam. Mahu syahdu menangis sahaja. Dia
tersedar, manakan sama manusia dan kelakatu.
No comments:
Post a Comment