Sunday, May 29, 2011

18. sampai bila

mood: insaf
lokasi: malaysia
minum: tiada
dengar: tiada

sume orang mengimpikan untuk jadi sempurna. tetapi, memang azali kita tahu kita tidak akan sempurna kerana memang manusia dicipta dengan kelemahan. dengan kelemahan, semoga kita tahu untuk bersyukur. dengan sedikit kelebihan yang kita ada, sedikit nikmat yang diberi sahaja manusia suda ramai yang riak, lupa dan menghina orang lain. kesempurnaan manusia itu ada, itu lah semasa kita bersyukur. tetapi itu la perkara yang paling susah untuk kita lakukan. maka, tidak ramai yang bersyukur dan patutkah mereka mengatakan diri mereka sempurna. kesempurnaan itu besar dan luas maknanya, dengan melihat seseorang itu punya segalanya saja, tidak dapat ditafsirkan yang mereka adalah sempurna. kehidupan ini adalah satu proses pembelajaran, yang mana setiap saat kita lalui kita sedang belaja mengenainya. jatuh bangun dari setiap kegagalan adalah perkara yang tidak biasa bagi kebanyakan orang, kerana tidak ramai orang yang bangun apabila jatuh, dan tidak ramai juga yang pernah jatuh, juga ramai yang jatuh kembali apabila cuba untuk berdiri. kita punya sandaran yang sentiasa memaafkan kita. Maha Esa. apabila langkah yang salah, kita terjatuh, terjelepuk, kita menepuk dahi, kita sedar langkah yang salah telah diambil. kita kembali bangun, tetapi, langkah yang sama kita ambil. kita kembali terjatuh, terjelepuk, kita kembali menepuk dahi.. dan kembali bangun... langkah yang sama kita ambil dan kembali terjatuh. semuanya berulang2, kerana kita sangat lemah, tidak berdaya dan kalah. sentiasa berlegar di fikiran sampai bila kita menjadi seseorang yang kalah dan sampai bila kesalahan itu dimaafkan. dan adakah kita benar2 belajar dari kesilapan.

semoga kita di dalam rahmatnya.

1 comment: