Tuesday, November 23, 2021

60. Resolusi 33 tahun

Setelah beberapa ketika, aku perasan sesuatu. Sesuatu yang nampaknya tak betul. Ye memang dalam banyak perkara aku memang dilihat agak ambil mudah. Atau ambil ringan. Tak banyak ambil tahu tentang banyak perkara kat sekeliling dan jugak tak cerita banyak menda yang aku buat. Dan, lebih banyaknya lebih bergurau. Mungkin itu menampakkan yang aku ini mudah. Mudah untuk serap apa jua benda di sekeliling. 

Sebagai manusia, ada banyak menda yang aku buat tak sempurna. Malah, ada yang gagal. It's okay. Ini semua ketidaksempurnaan yang aku hadapi dalam hidup. Aku hadap dengan tenang dan jarang melatah.

Malangnya, menda ni bukak peluang untuk orang lain kritik kehidupan aku. Seolah-olah, pada pandangan mereka aku buat sesuatu yang tak berguna. Atau gagal atau apa apa seumpama dengannya? 

But still, its okay. Aku tak da masalah dengan itu. Sebab aku tahu yang dalam apa apa jua keadaan kita tak boleh nak kawal perspektif orang. 

Jadi, apa masalahnya?

Meningkat dewasa ini, aku terfikirkan sesuatu.

Ada masa orang datang dan meremehkan diri aku. Mostly, aku tak mahu melawan. Sebab apa? sebab macam yang aku cerita kat atas tadi. Jadi, aku amik pendirian untuk mengiyakan dan dalam kebanyakan masa adalah dengan nada bergurau. Langkah ni mudah, kita bukan nak bertanding siapa yang paling betul atau siapa yang paling hebat.

Tapi, aku tersedar sesuatu, aku perlu memahami yang apa saja yang keluar dari mulut aku adalah tanggungjawab aku. Sekiranya aku turut mengiyakannya walaupun secara bergurau bermakna aku sendiri yang membenarkan ia keluar dari mulut. aku kena akui yang My words, my responsibility. Tak kira gurau atau tidak. Lagi-lagi satu ucapan sendiri yang mengakui ni tak berguna.

Sesudah itu, aku pandang apa yang aku ada. segala pencapaian. segala rezeki aku. aku lihat cermin diri sendiri dan aku minta maaf pada diri sendiri. 

Aku nekad, menyatakan satu pendirian:

Aku mungkin nampaknya tidak kisah dengan apa yang orang lain pandang terhadap aku, dia boleh kata apa saja. boleh jadi dia tidak nampak semuanya atau boleh jadi dia hanya mencari kelemahan. Tetapi aku tak boleh membenarkan kata-kata itu. Aku, diri aku dengan apa yang aku hadap semuanya punya makna dan berguna jika bukan untuk kau, tapi untuk orang yang aku sayang. 

dan kita berhubungan seperti sediakala. Damai.


This is self reflection story of mine. A 33rd years old resolution for life. 


p/s: Untuk anak-anak ayah, Iman, Amin dan Naim, ayah selalu ingatkan untuk kamu semua berjiwa besar. Akan ada masa kita dikelilingi mereka yang memperkecilkan kita. Mungkin ayah, mungkin mama atau mungkin orang kita kita percaya. Jangan mudah melatah. Tenang dan raikan mereka. Kita kenal siapa diri kita. Fikir segala apa yang kamu punya. Bersyukur atas nikmat tersebut. Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat Allah. 

No comments:

Post a Comment