Wednesday, October 27, 2021

59. Terpaling dalam


Perjuangan ini untuk apa

dengan segala apa yang kita kejar, untuk apa dan siapa

setinggi mana sudah kita daki tapi apa kiranya rantai masih dikaki.

terasa kecil dengan diri sendiri

walau tanggungjawab yang dipikul makin terisi

setelah seberapa lama baru kita tersedar

rupanya perjuangan ini bagaikan lapisan bawang,

lapisan luar penuhnya dengan lakonan, ego dan pendam

jika diselak sehingga terpaling dalam,

tinggal cuma rasa itu, 

rasa yang ingin diterima, dihargai, difahami tanpa prejudis

jauh di dasar hati, yang kecil seakan meronta,

wahai sebahagian besar jiwa,

kalaupun bangga mengapalah tidak pernah diucap

kalaupun sayang mengapa tidak lagi dikucup

kalaupun salah mengapa tidak diterangkan

kalaupun kecewa mengapa dilihatkan wajah yang berputus asa

kalaupun kasih mengapa berselindung disebalik keringat dan riak wajah tiada perasaan

keseorang kami tinggallah jiwa yang tandus dan haus

tiap langkah kehadapan tidak sepatutnya sebegini berat

tidak sepatutnya sebegini berat

dan kita patutnya lebih dari ini


Saturday, October 23, 2021

58. Kasih yang tak diucap



repost daripada post di facebook 5 Mac 2014

ini ada satu kisah. mengenai seorang lelaki bernama abah. masa tu bulan puasa. malamnya kami solat terawih di surau sebelah rumah. tiada siapa yg tinggal. pintu berkunci. usai tarawih aku pulang awal. abah bersama jemaah lain. berburak. aku terkejut. pintu rumah tak berkunci. gegas aku masuk. cek barang. sah. blackberry baru aku hilang. wallet jugak diselongkar. aku bgtahu abah. abah pun gegas. cari walletnye kalau2 lesap jugak. tapi wallet abah selamat. abah nmpak wajah aku ralat. yelah, jarang aku beli gajet yg harganya ribuan tu. tapi aku diam. cuma syukur takde apa yg lebih berharga hilang. esoknya, di atas meja abah letak beberapa not seratus. lima keping kesemuanya. mak kata abah suh beli henfon apa yg patut. abah xmampu nak bagi beribu. aku tahu abah pakai sebahagian duet modal berniaganya. dan dia akan hutang dlu dgn apek sayur dipasar. aku ambil satu keping dan beli fon samsung berharga rm50. selebihnya aku pulang kepada abah. terima kasih abah. kerana untuk menjadi seorang hero utk aku. untuk mak. untuk kami. sejak kami lahir sampai bila2.

57. Kotak hitam kita

Aku jarang obses dengan penyanyi. Tapi lagu yang baik buatkan kita selalu ulang. Main dan main sampai melekat dan jadi memori. Bila lagu tu dimain semula. Jiwa kita melayang mencari momen yang kita dah ingat-ingat lupa tu.

Lagu visa -  dalam gerimis dan lagu amy mastura - kasih adalah lagu paling awal melekat dalam memori. Bila terdengar lagu tu, automatik rasa macam berada pada momen lagu tu dimainkan - momen yang susah digambarkan. Seolah sebuah mesin masa bawak kita kembali pada masa lagu tu dimainkan di telinga kita.

Mungkin sebab tu sampai sekarang lagu-lagu ni masih ada dalam playlist tak kira di handphone atau mp3 player. Seiring dengan usia banyak lagi lagu yang ingatkan keadaan tertentu, lagu skater boy - avril lavigne mengingatkan suasana dalam bas ketika perjalanan pulang dari Gerik ke Ipoh. Lagu-lagu boyband yang popular seperti Westlife dan BSB ingatkan pada zaman sekolah rendah. Genre yang lebih rancak macam Linkin Park semasa di sekolah menengah.

****

Iman pada usia 5 tahun suka betul dengar lagu One day - Akon dan Matisyahu. Lagu ni ada dalam playlist ayah sejak zaman universiti sebab ayah minat dengan video iklan berlatar belakangkan lagu ni. Pada masa ni Iman seperti kebanyakan kanak-kanak lain minat dengan figura hero seperti Ultraman. Tapi lagu ni tetap Iman ulang terutama dalam kereta. Marah ayah dan mama kalau kami tukar lagu lain atau perlahankan suaranya.

Satu hari nanti Iman akan lupa momen ni.. Ayah selitkan video ni supaya tak susah nak cari nanti. Sama-sama.


Have a great life ahead, son.  Ayah sayang kamu.

Saturday, October 9, 2021

56. deraf bahagian pertama

Ada benda yang kadang-kadang buatkan kita bersungguh nak lepaskan melalui tulisan. Tapi terhenti. Tak bermakna ia tak ada makna. walaupun ia sekadar deraf. 

Kekadang aku cari masa untuk singgah membaca disini. Tapi dibalik tabirnya,  tersimpan deraf deraf cerita yang tiada kesudahan. jugak aku baca. tapi biasanya lupa. Harapkan otak mula bekerja mencari mana mulanya setiap cerita.

Jadi post ini khas bagi menghargai setiap bait idea-idea yang hadir. Dan mungkin juga ada bahagian kedua nanti.

......

'dush'. bunyi laga antara kepala mior dengan kayu besbol milik bapanya. mior tersentak, dia paling, berdiri tegak muka mamanya. dalam denyut sakit kepala beliau

......

Berapa ramai yang sedang bekerja
mencari not not berwarna
untuk kejar impian
untuk milik bahagia
tapi dia tak rasa pun
dia rasa kosong

bagaimana rasa bila buat orang lain tersenyum
bila buat

sebab kadang kadangnya kau lupa
kau rasa seperti tak puas.
kau tak mampu tersenyum keseorangan.
tapi kau gagal buat orang tersenyum.

bila kau terlalu simpan 'rezeki' kau,
kau lupa satu benda yang ajaib
bila mana rezeki itu boleh datang dari
depan atau belakang,
asalkan kau tahu bagaimana caranya bertaqwa

....

Arun basuh muka. cermin itu dilihat tanpa kelip. arun seakan buntu. tidak lagi tahu mana tempat dia nak melampiaskan rasa itu. dah lama arun pikir rasa ini. rasa yang seakan balut jiwanya. rasa seperti tidak bebas walau dia tak kurang apa apa.  arun duduk sekejap. dia bertafakur. apa yang tak kena.

arun terjaga. bingkas bangun dan siap pergi kerja. enjin motor dihidup dan arun berlalu.