Saturday, October 23, 2021

57. Kotak hitam kita

Aku jarang obses dengan penyanyi. Tapi lagu yang baik buatkan kita selalu ulang. Main dan main sampai melekat dan jadi memori. Bila lagu tu dimain semula. Jiwa kita melayang mencari momen yang kita dah ingat-ingat lupa tu.

Lagu visa -  dalam gerimis dan lagu amy mastura - kasih adalah lagu paling awal melekat dalam memori. Bila terdengar lagu tu, automatik rasa macam berada pada momen lagu tu dimainkan - momen yang susah digambarkan. Seolah sebuah mesin masa bawak kita kembali pada masa lagu tu dimainkan di telinga kita.

Mungkin sebab tu sampai sekarang lagu-lagu ni masih ada dalam playlist tak kira di handphone atau mp3 player. Seiring dengan usia banyak lagi lagu yang ingatkan keadaan tertentu, lagu skater boy - avril lavigne mengingatkan suasana dalam bas ketika perjalanan pulang dari Gerik ke Ipoh. Lagu-lagu boyband yang popular seperti Westlife dan BSB ingatkan pada zaman sekolah rendah. Genre yang lebih rancak macam Linkin Park semasa di sekolah menengah.

****

Iman pada usia 5 tahun suka betul dengar lagu One day - Akon dan Matisyahu. Lagu ni ada dalam playlist ayah sejak zaman universiti sebab ayah minat dengan video iklan berlatar belakangkan lagu ni. Pada masa ni Iman seperti kebanyakan kanak-kanak lain minat dengan figura hero seperti Ultraman. Tapi lagu ni tetap Iman ulang terutama dalam kereta. Marah ayah dan mama kalau kami tukar lagu lain atau perlahankan suaranya.

Satu hari nanti Iman akan lupa momen ni.. Ayah selitkan video ni supaya tak susah nak cari nanti. Sama-sama.


Have a great life ahead, son.  Ayah sayang kamu.

No comments:

Post a Comment