Ayah bukak cerita kat sini sebab pernah ayah tanya soalan sama kat Tok Wan macam mana boleh bertemu dengan Opah. Tok Wan tak nak cerita hahaha. Apa yang disegankan sangat entah. Jadi, in case kalau kamu semua wondering how i met your mother, kisahnya bermula begini...
'Chaie, jom naik berinchang nak?' tanya Mawi memecah suasana hari itu. Ayah kebingungan. 'Kan baru minggu lepas kita buat Trans-Jernang?' soal ayah kepada Mawi, kawan rapat ayah semasa giat mendaki di zaman universiti. 'Ni ha budak SRM (Sekretariat Rakan Muda) UKM ajak, dorang reserve beberapa tempat untuk kolej kita'. Ulas Mawi. Tak pikir panjang Ayah angguk tanda setuju. Layankan aje jiwa muda kami ni. Kalau boleh tiap-tiap minggu nak mendaki. Walaupun, sengal-sengal badan akibat mendaki yang lepas masih terasa.
Jadinya kami kawan baik bertiga Ayah, Mawi dan Kiren pun setuju untuk join program SRM tu. Kami bertolak malam pada 7/8/2010. Bas daripada UKM Bangi ambil di Kolej KTSN. Pada masa itu, hampir penuh da bas dengan member-member dari UKM Bangi. Kami duduk di seat yang kosong. Perjalanan ke Berinchang ambil masa 4-5 jam jugak kot, sesampai kami da hampir subuh dan kami solat dulu di Masjid Kg Berinchang dan bersiap sedia untuk mulakan pendakian.
Masa ni hampir semua member UKM Bangi lain kami tak kenal pun, jadinya selama 2 hari 3 malam tu lah masa kami berkenal - kenalan. Walaupun begitu, ayah enjoy saja hari hari kat sana dengan pelbagai aktiviti. Sehingga lah hari terakhir dan kitorang da sedia untuk bertolak pulang ke UKM. Waktu tu kami semua kena turun dari peak berinchang ke Kea Farm. Ayah dan kawan-kawan berjalan perlahan-lahan layan perasaan sambil menyanyi macam macam lagu. Saja buat hilang bosan. Dalam masa yang sama group kami bertembung la jumpa sorang gadis yang berjalan berseorangan. Ayah kesian sebab tengok gadis ni cara pikul beg hiking dalam awkward position, So, ayah volunteer untuk tolong gadis tu betulkan beg. Masa ni, Mawi dan Kiren dah clearkan line untuk bagi ayah dan gadis tu jalan berdua.
Ayah ambil peluang ni untuk bersembang. Saje nak kenal dan buat kawan. Sejujurnya tak ada niat apa pun sebab life ayah kat universiti ni dah best betul. Memang takde niat pun nak bercinta. Ada kawan-kawan yang best, sekepala tak kira lelaki atau perempuan dan hobi kami yang mencabar. Kami bersembang macam-macam bermula dengan family sampai lah ke soal hati sikit-sikit. Sampai tak sedar kami dah sampai di Kea Farm.
Then, ayah rasa kami ni ada keserasian. Ayah ambil risiko untuk bertanya, 'Wani, boleh bagi nombor fon awak tak?. Dia jawab, 'Sorry, saya takde fon'. Ayah agak pelik pada mulanya, spesis apa pulak takde fon zaman sekarang ni. Tapi, dalam masa agak frust jugak.. Tapi tu lah.. tuhan tu nak tolong dan kebetulan ayah tengah pegangkan sweater dia. Ayah rasa-rasa macam ada phone dalam tu. 'haa, ni fon.. nak tipu ehh'. Ayah dapat rasa yang dia tak berapa percaya kat ayah lagi. Ayah buat keras hati je sebab hati ayah tengah memberontak untuk dapatkan no fon dia ni. Sebab kalau tak dapat sekarang, tak tau bila lagi akan berjumpa. Ayah bukanlah ahli SRM. Kolej kami berbeza dan jauh terpisah. Chances untuk berjumpa semula agak rendah.
Always begin with the end in mind.
Ayah dah nampak yang gadis ni bakal jadi isteri ayah nanti. Ni juga kali pertama ayah minta no fon crush ayah secara gentle. (Ayah memang penakut kalau berdepan dengan crush). Dan gadis yang ayah kenal semasa turun gunung berinchang itu adalah mama korang. Alhamdulillah, pertemuan tadi adalah titik mula kepada satu perhubungan luar biasa sampai lah korang semua hadir dalam hidup kami.
dan InsyaAllah sehingga ke akhir hayat.
*Ayah tak perasan mama pun sepanjang program kat atas tu. Adalah kami amik gambar bersama masa di puncak gunung Irau tapi tak de lah pulak terus usya. Tapi ayah ada ingat kelibat mama yang berpakaian unik pada mulanya. Mama pakai seragam Track suit dan windbreaker UKM warna biru cair tu. Tak de orang lain yang berani pakai macam tu selain semasa SUKEM. kihkih...
Well, itu lah secara ringkas cerita kami berjumpa, berkenal dan akhirnya masing-masing serius untuk melanjutkan hubungan ke peringkat lebih tinggi.'
No comments:
Post a Comment